'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!

'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!
link : 'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!

Baca juga


'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!

'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!

Harimau pernah direkodkan berenang sehingga 30 kilometer dalam sehari. (Gambar: Imgur.com)

Pasti ramai antara kita sedar mengenai kewujudan pelbagai hari istimewa yang menghargai sesuatu perayaan, kempen mahupun kesedaran awam. Ada di antaranya merupakan sesuatu yang amat penting, berguna buat masyarakat dan ada juga sekadar hiburan.

Sebagai contoh, kita mengambil tarikh 29 Julai yang akan tiba pada Sabtu ini. Tahukah anda terdapat sekurang-kurangnya lima hari istimewa yang akan berlangsung pada tarikh tersebut antaranya ‘Hari Kepak Ayam Sedunia’, ‘Hari Lipstik’, ‘Hari Hujan’ dan ‘Hari Lasagna’.

Namun, Rojak Daily Skop! memberi tumpuan pada suatu lagi hari istimewa pada tarikh sama iaitu ‘Hari Harimau Sedunia 2017’ yang merupakan suatu perkara penting dan perlu diketahui segenap lapisan masyarakat tidak kira rakyat tempatan mahupun antarabangsa. Meskipun, tanggapan masyarakat terhadap harimau adalah haiwan berbahaya tetapi ia perlu dipelihara agar generasi akan datang berpeluang melihat dan mengenali haiwan hebat ini.

Berikut 25 fakta menarik 'Hari Harimau Sedunia' termasuk kehebatan haiwan yang digelar 'Pak Belang':

  • Hari Harimau Sedunia mula diadakan pada 29 Julai 2010 semasa sidang 'Harimau Saint Petersburg' berlangsung. Tujuannya menggalakkan kewujudan satu sistem di peringkat antarabangsa agar memelihara habitat semula jadi spesis harimau dan juga meningkatkan kesedaran dan sokongan awam terhadap isu-isu pemuliharaan harimau. Sambutan tersebut diteruskan menjadi acara tahunan.
  • Harimau merupakan spesis haiwan diancam kepupusan. Jika dilihat 100 tahun lalu, bilangan harimau yang hidup di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 100,000. Malangnya angka tersebut pada hari ini berkurangan sebanyak 97 peratus dan harimau masih hidup dianggarkan sekitar 3,200 ekor sahaja.
  • Bilangan harimau di negara ini dianggarkan hanya tinggal 250 ekor sahaja. Sudah pasti ini merupakan satu perkembangan membimbangkan kerana tiada populasi harimau yang dipercayai sedang hidup di negara jiran seperti Kemboja, Vietnam dan Laos. Sementara itu, bilangannya di Indonesia, Thailand dan Myanmar setakat ini masih tidak diketahui.
  • Secara umumnya, rakyat Malaysia tahu harimau merupakan haiwan rasmi Kebangsaan. Atas sebab itu, skuad bola sepak negara mendapat jolokan ‘Harimau Malaya’ tetapi tahukah anda Malaysia bukan negara tunggal memilih harimau sebagai haiwan rasmi? Haiwan hebat ini turut menjadi pilihan India, Bangladesh dan Korea Selatan.
  • Harimau merupakan spesis kucing terbesar di dunia, lebih besar daripada singa ataupun harimau belang. Seekor harimau dewasa mampu mencapai ukuran 3.3 meter panjang dan berat mencecah 363 kilogram.
 Harimau turut dijadikan nama pasukan bola sepak Kebangsaan iaitu 'Harimau Malaya'.
  • Manusia terpantas di dunia, Usain Bolt juga tidak mampu mengalahkan seekor harimau seandainya mereka beradu tenaga di dalam suatu perlumbaan pecut. Ketika Bolt menghasilkan rekod dunia acara 100 meter pada tahun 2009, kelajuan maksima dicatatkannya adalah 44.72 km/h. Seekor harimau biasa mampu mencapai kelajuan 65 km/h. Bagaimanapun, harimau tidak sepantas beberapa spesis kucing besar lain seperti harimau bintang yang mampu mencapai kelajuan sehingga 96.6 km/h.
  • Terdapat sebanyak enam sub-spesis harimau yang masih wujud pada hari ini iaitu Malayan (Panthera tigris jacksoni), Sumatran (Panthera tigris sumatrae), Amur (Panthera tigris altaica), Bengal (Panthera tigris tigris), Indochinese (Panthera tigris corbetti) dan China Selatan (Panthera tigris amoyensis). Sementara itu, terdapat tiga sub-spesis harimau yang pupus iaitu Bali (Panthera tigris balica), Caspian (Panthera tigris vigrata), dan Jawa (Panthera tigris sondica).
  • Tidak seperti kebanyakan spesis kucing lain, harimau bukan sahaja selesa dengan kawasan berair tetapi mereka juga amat mahir berenang. Seekor harimau dewasa akan berenang sehingga jarak beberapa kilometer bertujuan merentasi sungai ataupun memburu. Malah, ada harimau direkodkan berenang sehingga 30 kilometer dalam sehari.
 Harimau bijak memburu mangsanya dengan menyerupai bunyi haiwan lain.
  • Tempoh subur buat seekor harimau betina hanyalah empat sehingga lima hari dalam setahun! Pada masa yang sangat singkat ini, mereka akan mengawan dengan bilangan yang sangat kerap. Seandainya mereka berjaya mengandung, ianya akan hanya mengambil tempoh masa tiga bulan sahaja sebelum kelahiran. Kebiasaanya dua atau tiga anak harimau kecil akan lahir sekaligus.
  • Ketika saat kelahiran, harimau kecil ini akan berada di dalam keadaan buta penglihatan selama seminggu. Lebih mengejutkan lagi, hampir separuh daripada harimau kecil ini tidak akan berjaya hidup sehingga ke alam dewasa.
  • Tidak seperti spesis kucing rumah yang mempunyai mata sepet, harimau mempunyai biji mata yang agak bulat. Ini adalah kerana kucing rumah adalah spesis haiwan yang ‘nocturnal’ iaitu lebih aktif pada waktu malam. Sebaliknya, harimau merupakan spesis haiwan ‘crepuscular’ iaitu memburu secara aktif pada waktu siang. Walaupun begitu, penglihatan pada waktu malam harimau adalah lebih-kurang enam kali ganda lebih kuat daripada penglihatan waktu malam manusia.
 Harimau kecil ini akan berada di dalam keadaan buta penglihatan selama seminggu.
  • Pada kebiasaannya, harimau tidak akan mengaum terhadap manusia atau binatang lain. Oleh sebab itu, ketika ingin melakukan serangan, mereka tidak akan mengaum sebaliknya, mengeluarkan suatu bunyi berdesis. Harimau sebenarnya mengaum untuk berkomunikasi dengan harimau lain yang berada pada jarak jauh. Ngauman seekor harimau mampu kedengaran sehingga jarak tiga kilometer!
  • Harimau jantan akan membiarkan harimau betina dan harimau yang kecil untuk terlebih dahulu makan hasil buruan. Ini berlainan dengan spesis singa yang melakukan perkara sebaliknya. Harimau jarang sekali berkelahi ataupun berebut makanan. Mereka sangat berdisiplin dan mengikut giliran masing-masing.
  • Belang pada badan seekor harimau adalah unik seperti cap jari manusia. Tidak akan wujud dua harimau mempunyai corak belang sama pada tubuh mereka. Belang ini membantu harimau dalam penyamaran di dalam hutan ketika memburu.
  • Jika anda lihat pada corak belang pada dahi seekor harimau, anda akan dapati corak tersebut menyerupai symbol huruf cina bermaksud “Raja”. Inilah punca mengapa haiwan tersebut mempunyai status dan reputasi tinggi dalam pelbagai budaya antarabangsa.
  • Status harimau sebagai haiwan pemangsa yang handal dapat dikukuhkan lagi dengan fakta menarik iaitu mereka mampu menghasil bunyi menyerupai beberapa haiwan kecil lain. Apabila haiwan pemangsa lain terdengar dan mencari sumber bunyi tersebut, ketika itulah harimau akan menerkam. Antara haiwan pemangsa yang dikenalpasti menjadi mangsa harimau termasuklah beruang!
  • Awas dengan serangan harimau! gigitan mereka mampu menusuk dan menembusi tulang mangsa. Kebiasaanya mereka akan menyasarkan terkaman mereka ke arah bahagian leher mangsa.
  • Ketika sedang berenang di dalam sungai, ada ketikanya harimau akan diserang buaya. Sudah pasti satu pertempuran sengit berlaku dan pada situasi itu, harimau tidak akan menyerang pada bahagian leher seperti yang mereka lakukan terhadap haiwan lain. Ini kerana bahagian leher buaya diliputi lapisan kulit yang tebal sebagai perisai. Sebaliknya, harimau akan memulakan serangan dengan mencakar bahagian mata buaya tersebut. Selepas itu, mereka akan menerbalikkan buaya tersebut dan menyerang bahagian perut yang mepunyai lapisan kulit lebih lembut.
 Ada yang mengatakan wujud harimau berwarna biru dikenali sebagai harimau Maltese.
  • Seorang pahlawan yang hebat bukan hanya mahir bertempur tetapi juga berkemahiran merawat dan memulihkan kecederaan diri sendiri. Inilah keadaannya buat harimau apabila air liur mereka mempunyai keupayaan anti septik dan mereka akan menjilat sebarang kesan luka pada badan mereka bagi tujuan rawatan.
  • Selain daripada pelbagai sub-spesis harimau yang ada, terdapat juga harimau yang mempunyai warna bulu agak pelik seperti putih, hitam dan emas. Walaupun tidak dapat disahkan kebenarannya setakat ini, terdapat beberapa laporan mengenai kewujudan harimau berwarna biru dikenali sebagai harimau Maltese.
  • Pepatah Inggeris sering mengatakan bahawa “gajah tidak pernah melupakan sesuatu perkara” tetapi tahukah anda bahawa haiwan yang mempunyai ingatan kuat sebenarnya adalah harimau. Ingatan jangka pendek mereka sahaja adalah tiga kali ganda lebih daripada kapasiti kemampuan manusia. Bukan sahaja saiz otak mereka merupakan kedua terbesar dalam kalangan haiwan karnivor (selepas beruang kutub) tetapi otak mereka juga jauh lebih kuat berbanding manusia.
  • Harimau mampu mengawan dengan spesis kucing besar lain seperti singa dan harimau bintang untuk menghasilkan anak dari spesis hibrid. Sebagai contoh, singa jantan mengawan dengan harimau betina akan menghasilkan anak hibrid dikenali sebagai ‘Liger’. Sekiranya diterbalikkan komninasi mengawannya iaitu singa betina bersama harimau jantan, hibrid yang dihasilkan dikenali sebagai ‘Tigon’ iaitu spesis yang lebih kecil berbanding liger.
  • Mengikut Guinness Book of World Records, liger terbesar di dalam sejarah mempunyai nama ‘Hercules’ yang kini tinggal di South Carolina, Amerika Syarikat. Hercules dilahirkan pada tahun 2003 pernah mencapai berat badan 418 kg! Anda boleh lihat kisah ringkas mengenai Hercules di dalam video ini:
  • Seperti juga manusia, harimau mampu melihat dan mengenalpasti kepelbagaian warna. Ini mungkin membantu mereka untuk mengenal sebahagian haiwan beracun yang kebiasaannya mempunyai warna yang agak pelik.
  • Anda boleh membantu memilhara kehidupan dan habitat semula jadi harimau tempatan dengan membuat sumbangan kewangan kepada pihak WWF Malaysia di sini. Sumbangan anda akan disalurkan bagi tujuan pemantauan dan usaha membasmi pemburuan harimau; memantau perubahan kawasan sekitar habitat harimau dan meningkat kesedaran awam mengenai kepentingan memelihara kehidupan harimau.

First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!

Sekianlah artikel 'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt! dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/pak-belang-bukan-saja-hebat-memburu.html

0 Response to "'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!"

Posting Komentar

wdcfawqafwef