Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan

Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan
link : Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan

Baca juga


Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan

BAGAN SERAI – Pertubuhan Sukarelawan Sebaran Budi (Budi Forward), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan meneruskan program siri Jelajah Ramadan dengan mengedarkan kotak makanan bagi membantu golongan asnaf dalam bulan Ramadan dan persediaan menyambut Aidilfitri.

Setiausahanya Rashid Ramli berkata pihaknya memilih ke Tenom, Sabah pada 17 Jun ini selepas di Bagan Serai, Perak dan Kuala Nerus, Terengganu 19 Mei lepas untuk membantu golongan asnaf terdiri daripada fakir miskin, ibu bapa tunggal, mualaf dan Orang Asli.

Katanya menerusi program tersebut penerima akan diberi kotak makanan bernilai RM150 setiap satu.

“Kotak Ramadan ini merupakan satu inisiatif komuniti yang disumbangkan daripada beberapa syarikat yang prihatin dengan golongan asnaf,” katanya kepada pemberita pada program Komuniti Kotak Ramadan dan Pengedaran 150 Kotak Ramadan di Masjid Jamek Simpang Empat, Selinsing dekat sini, malam tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang juga Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Rashid pihaknya membuka peluang penajaan kepada mana-mana syarikat dengan menawarkan pakej tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan dalam kempen Kotak Ramadan sepanjang bulan ini.

Menurut beliau mereka yang mahu berbuat demikian boleh menghubungi talian 012-6259738 atau e-mel [email protected]

Sementara itu Noor Azmi berkata pengagihan kotak makanan kepada asnaf yang dipilih itu dapat meringankan beban golongan berkenaan dalam bulan Ramadan dan persiapan Aidilfitri ini.

Katanya ia juga membuktikan NGO tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik selain mengajak orang ramai memperbanyakkan amalan bersedekah sepanjang Ramadan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTKHu9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan

Sekianlah artikel Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/budi-forward-pergiat-usaha-bantu-asnaf.html

0 Response to "Budi Forward Pergiat Usaha Bantu Asnaf Sepanjang Ramadan"

Posting Komentar

wdcfawqafwef