Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi

Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi
link : Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi

Baca juga


Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi

KUALA LUMPUR – Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan oleh pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd bagi jangka masa yang lama, kini dapat dicapai melalui pemeteraian perjanjian pakatan strategik baru-baru ini dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) yang berpangkalan di China, menurut pengarah institut penyelidikan hari ini.

Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Pengarah Institut Penyelidikan Perbankan dan Kewangan Asia di Universiti Utara Malaysia, berkata dengan perjanjian itu, rakyat Malaysia juga boleh menjangka penurunan harga kereta secara berperingkat pada masa akan datang, matlamat utama Dasar Automotif Nasional (NAP).

“Saya melihat kerjasama itu sebagai peluang besar bagi Geely melalui Proton untuk mengakses pasaran ASEAN yang mempunyai 600 juta penduduk. Bagi Proton, ia merupakan peluang untuk menembusi pasaran China yang luas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata transformasi Volvo dalam tempoh kurang daripada lima tahun selepas diambil alih oleh pengeluar kereta dari China itu akan dilaksanakan di Proton juga, berikutan Geely adalah entiti yang dipacu pasaran.

Rekod prestasi syarikat itu menunjukkan ia telah memulihkan beberapa pengeluar kereta yang bermasalah. Melalui pembelian 49.9 peratus pegangan dalam Proton, pengasasnya, Li Shufu, sudah pasti yakin untuk meletakkan syarikat Malaysia itu kembali di landasan yang betul.

“Li Shufu ialah seorang usahawan dan usahawan yang bukan sahaja akan membeli sesuatu atas dasar pengambilalihan. Beliau telah mengkaji risiko dan daya maju, untuk jangka masa panjang dan pendek, dan dengan kapasiti pengeluaran Proton sebanyak 400,000 kereta yang kini kurang dimanfaatkan.

“Geely baru sahaja membuka kilang di London Taxi, khusus untuk mengusahakan model kereta elektrik dan hibrid, dan ini akan memberi impak yang positif kepada pengeluaran di Proton pada masa depan,” kata Irwan Shah.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata minggu lepas yang sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Geely akan menyuntik platform kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Proton dan menawarkan SUV yang paling laris.

Langkah ini akan membolehkan Proton memasuki segmen baharu yang telah berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Syed Faisal juga berkata Geely menjadi rakan kongsi terbaik Proton susulan ia bersetuju untuk mengekalkan plat nama pengeluar kereta itu dan menyasarkan untuk mendapatkan kembali kedudukan nombor satu di negara ini.

Irwan Shah berkata sesetengah rakyat Malaysia, yang ragu-ragu terhadap kerjasama itu, adalah mereka yang masih percaya dengan cara lama dalam industri automotif dan tidak sedar kepada perubahan dalam trend dan model perniagaan.

Kerjasama terbaru ini merupakan satu daripada kebanyakan yang berlaku di seluruh dunia berikutan keuntungan industri adalah pengeluaran kereta yang berkualiti yang dapat bersaing dalam pasaran global dan terbuka. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMmFlB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi

Sekianlah artikel Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/dengan-geely-proton-dapat-capai-skala.html

0 Response to "Dengan Geely, Proton Dapat Capai Skala Ekonomi"

Posting Komentar

wdcfawqafwef