Elfaeza terbit telefilem

Elfaeza terbit telefilem - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elfaeza terbit telefilem, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elfaeza terbit telefilem
link : Elfaeza terbit telefilem

Baca juga


Elfaeza terbit telefilem

Nama pelakon asal Singapura, Elfaeza Ul Haq, 32, kini seakan sepi dan jarang kelibat mahu pun lakonannya dapat disaksikan di televisyen.

Bertemu dengannnya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum, Klang anjuran Hotel Royale Chulan Damansara di Petaling Jaya, baru-baru ini, Elfaeza yang kini bertudung mengakui selesa menyendiri.

lebih setahun tidak berlakon kerana tawaran berkurangan selepas bertudung.

Katanya, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk bertudung walaupun kini kurang mendapat tawaran.

“Memang sudah lebih setahun saya tidak berlakon tetapi tidak mengecewakan saya kerana ada peluang lain yang lebih baik.

“Selama saya tidak aktif berlakon, banyak masa diisi belajar ilmu agama dan aktiviti kebajikan.

“Saya makin tenang. Bahkan, ruang peribadi tidak lagi menjadi perhatian media dan peminat,” katanya.

Selama ini ada juga mengatakan pelakon yang dikenali menerusi drama Janji Adam, Keluarga Karaoke dan Adam & Hawa itu kurang mesra media dan sukar untuk berurusan dengannya.

Elfaeza mengakui memang ada yang menganggap dirinya sombong tetapi sedikitpun tidak terasa di hati.

“Saya tahu memang ada yang berkata begitu. Bagi saya, itu hak masing-masing, cuma ketika saya aktif berlakon dulu sebenarnya saya lebih suka berkongsi mengenai karier.

“Namun sayangnya kisah peribadi saya yang jadi perhatian. Justeru, ia memberi tekanan kepada saya,” katanya.

Katanya, dia sebenarnya enggan terpalit kontroversi atau gosip tetapi akhirnya dia harus melaluinya juga. Elfaeza juga enggan menjawab soal peribadi apabila ditanya mengenai hubungan lalunya dengan seorang pelakon lelaki popular.

“Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu lagi. Bagi saya, banyak hati perlu dijaga. Lagipun itu perkara lama. Tidak perlulah ia diperkatakan lagi kerana saya pun sudah tenang dengan kehidupan sekarang,” katanya.

Namun begitu, Elfaeza berkata jika tiada aral produksi miliknya, Ul-Haq Productions akan menerbitkan satu telefilem.

“Mengikut perancangan, penggambaran akan dimulakan selepas Aldilfitri nanti tetapi buat masa ini, saya tidak mahu berbicara lanjut mengenainya.

Biarlah tunggu hingga proses penggambaran dibuat.

“Cuma, jauh di sudut hati saya sangat mengharapkan projek telefilem ini akan berjaya kerana jalan cerita diketengahkan ada banyak mesej.

“Sebagai penerbit, saya mahu penonton menyaksikan drama yang sarat pengajaran dan memberi motivasi dalam kehidupan,” katanya.

Elfaeza juga tidak menolak menerbitkan drama adaptasi novel tetapi apa yang diutamakannya ialah karya berkualiti.

Dia juga bersyukur dilantik perkumpulan Ukhwah for Ummah (U4U) sebagai salah seorang ikon untuk kempen A Tile for Seville.

“Saya sangat gembira dapat terbabit dalam kempen mengumpul dana bagi projek pembangunan masjid dan pusat kebudayaan Islam di Seville, Sepanyol.

“Ketika berkunjung ke Sepanyol baru-baru ini untuk misi itu, saya sangat teruja. Banyak ilmu dan pengalaman bermakna diperoleh.

“Apapun, kini saya akan berusaha memastikan misi A Tile for Seville berjaya dan dana diperlukan itu dapat dikumpul,” katanya.

Selain itu, Elfaeza juga menanam impian untuk dipilih menyertai misi kemanusian di Syria suatu hari nanti dan berharap semoga impiannya itu menjadi kenyataan.

The post Elfaeza terbit telefilem appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2cbhh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Elfaeza terbit telefilem

Sekianlah artikel Elfaeza terbit telefilem kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elfaeza terbit telefilem dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/elfaeza-terbit-telefilem.html

0 Response to "Elfaeza terbit telefilem"

Posting Komentar

wdcfawqafwef