Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz

Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz
link : Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz

Baca juga


Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz

PENYANYI Elizabeth Tan gementar untuk bertentang mata dengan aktor Aaron Aziz? Haih! Dah kenapa nak ditenung mata suami orang tu?

Jangan salah faham tau, Elizabeth atau mesra dengan sapaan Lizzy sebenarnya sedang berlakon bersama pelakon berasal dari Singapura itu menerusi drama bersiri My Darling Inspektor Daniel  terbitan Skop Productions.

Kata Lizzy, sebagai pendatang baharu dalam bidang lakonan dia berasa rendah diri dapat digandingkan dengan Aaron yang jauh lebih berpengalaman.

“Dalam banyak-banyak perkara yang saya bimbang ketika masuk ke set adalah untuk bertemu dengan Aaron Aziz kerana saya rasa seperti tidak layak untuk berlakon dengannya kerana masih baru.

“Tetapi pada masa sama saya berasa seronok kerana bukan semua orang dapat bergandingan dengan Aaron dan berharap penggambaran akan berjalan lancar,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai drama itu, Lizzy berkata, dia pada awalnya terkejut apabila pihak produksi menawarkan watak utama iaitu Maya Adriana kepadanya kerana dia tidak mempunyai pengalaman luas dalam lakonan.

Pun begitu kata penyanyi berusia 24 tahun ini, dia menerima tawaran itu kerana minat mendalam terhadap lakonan selain menyifatkan ia peluang keemasannya dalam mencipta nama sebagai pelakon.
“Sejak dulu saya memang suka berlakon dan ini adalah permulaan untuk saya mengembangkan bakat saya ke tahap yang lebih tinggi.

“Harap-harap drama ini nanti akan menjadi fenomena seperti beberapa drama bersiri lain sebelum ini dan membuka peluang lain untuk saya,” katanya.

Drama arahan Aziz M. Osman itu turut menampilkan pelakon seperti Siti Elizad, Erra Fazira dan Dazrin Kamarudin.

Sementara itu, Lizzy berkata, tahun ini dia akan memberikan tumpuan kepada lakonan malah dia sudah pun mendapat beberapa tawaran lain.

Kata Lizzy, dia bakal terlibat dalam sebuah filem pada pertengahan Oktober depan namun tidak boleh mendedakan butiran mengenainya buat masa ini.

“Saya masih aktif menyanyi tetapi buat sementara ini saya ingin memberi fokus kepada lakonan buat seketika.

“Biarlah saya terokai bidang ini terlebih dahulu namun saya ada juga bercadang menghasilkan single baru untuk dijadikan lagu tema My Darling Inspektor Daniel,” jelasnya.

The post Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rS13bU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz

Sekianlah artikel Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/elizabeth-tan-bimbang-jumpa-aaron-aziz.html

0 Response to "Elizabeth Tan Bimbang Jumpa Aaron Aziz"

Posting Komentar

wdcfawqafwef