Heret Emak Huni Kaki Lima

Heret Emak Huni Kaki Lima - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Heret Emak Huni Kaki Lima, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Heret Emak Huni Kaki Lima
link : Heret Emak Huni Kaki Lima

Baca juga


Heret Emak Huni Kaki Lima


GEORGETOWN: Akibat tiada waris yang dapat menjaga ibunya berusia 80 tahun yang menderita sakit tenat dan lelah, seorang tukang sapu mengambil keputusan membawa ibunya datang ke Pulau Pinang serta hidup gelandangan.

Tukang cuci yang mahu dikenali sebagai Ahmad Ismail Yusof, 53, yang berasal dari Kedah berkata, dia terpaksa membawa ibunya, Saadiah Awang ke negeri ini supaya dapat menjaganya.

“Saya datang ke sini dengan motosikal, ibu pula datang sendiri dengan menaiki bas dari Kota Sarang Semut berikutan di kampung tiada siapa yang mengambil peduli mengenai hidupnya.

“Di sini, saya tiada rumah dan bilik, saya tinggal di kaki lima. Saya dan ibu bermalam di kaki lima kedai di Georgetown bersama gelandangan lain,” katanya ketika ditemui di kaki lima sebuah kedai di Jalan Kapitan Keling di Georgetown, di sini, kelmarin.

Menurut Ahmad yang bekerja sebagai tukang sapu di Kedah berkata, dia terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah setiap minggu dengan menunggang motosikal untuk bekerja di Alor Setar.

“Setiap minggu saya akan pulang ke Alor Setar dan bekerja sebagai tukang sapu, di sini, saya tidak bekerja berikutan tiada kerja yang sesuai untuk saya kerana tiada pendidikan.

“Saya kerja setiap hujung minggu. Saya bertolak dari sini seawal jam 6 pagi dan tiba di Alor Setar pada jam 9 pagi dan terus memulakan kerja. Selesai kerja saya terus pulang ke sini semula,” katanya.

Ahmad berkata, dia sudah lebih enam tahun hidup di negeri ini berikutan ketika bulan Ramadan, ramai penduduk yang bersimpati dengan nasib dia dan ibunya dengan memberikan bantuan seperti makanan serta duit.

“Rumah kami di kampung sudah tiada. Saya terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah untuk bekerja. Walapun jauh saya sudah biasa dan tidak pernah rasa menyesal kerja jauh,” katanya.

Sementara itu, seramai 120 sukarelawan dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengedarkan juadah sahur kepada 600 gelandangan dan pekerja yang bekerja di sekitar bandar raya Georgetown, di sini, kelmarin.

Sahur itu diserahkan kepada gelandangan yang berada di Masjid Kapitan Keling, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan pekerja di Hospital Pulau Pinang serta anggota polis yang bertugas bagi mereka yang bersahur pada hari berkenaan.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata, program Salam Sahur itu adalah acara tahunan yang dilakukan Sekretariat Sukarelawan USM bagi menunjukkan penghargaan kepada kakitangan awam yang bertugas pada waktu malam.

“Program ini adalah satu acara tahunan yang bertujuan memberikan pengalaman kepada pelajar untuk mendekati masyarakat serta menghargai warga gelandangan supaya mereka merasakan diri masih diterima masyarakat sekeliling.

“Program ini dijangka dapat memberi impak positif serta bersifat timbal balik dalam kalangan masyarakat kampus dan masyarakat sekeliling,” katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAsRhZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Heret Emak Huni Kaki Lima

Sekianlah artikel Heret Emak Huni Kaki Lima kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Heret Emak Huni Kaki Lima dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/heret-emak-huni-kaki-lima.html

0 Response to "Heret Emak Huni Kaki Lima"

Posting Komentar

wdcfawqafwef