Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor?

Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor?
link : Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor?

Baca juga


Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor?

Muhammad Azizul Osman


KUALA LUMPUR – Setelah memberi penerangan tidak berhasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor, secara tiba-tiba timbul pula isu menyatakan Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos kini berhasrat untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Ia berikutan tersebarnya satu perbualan dalam kumpulan WhatApp ‘Gerakan Merah’ yang disertai Jamal yang secara jelas menawarkan diri untuk jawatan tertinggi negeri itu.

Dalam perbualan itu, Jamal dipercayai dengan jelas menyatakan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.

“Saya juga tawarkan diri untuk kerusi MB. Sebab (Tan Sri) Noh Omar dah jadi menteri. Datuk Ismail Kijo adalah exco kanan saya, itu janji saya,” demikian menurut perbualan berkenaan yang dipetik sebuah blog.

Jamal sebelum ini berkata, beliau tidak berhasrat untuk merebut jawatan MB Selangor kerana tidak meneruskan hasrat bertanding di PRK Sungai Besar tahun lalu.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut berkata, beliau tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan pada PRU14 akan datang.

Jamal sebelum ini giat menjalankan aktiviti provokasi terhadap pemerintahan Datuk Seri Azmin Ali.
Baru-baru ini, beliau bertindak membawa sekumpulan pengundi berpakaian hantu menyerahkan memorandum bantahan salah laku Ng Suee Lim kepada Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri.

Ia bagi menjelaskan dakwaan beliau bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dipercayai ‘mengimport’ hampir 1,800 pengundi hantu ke kawasannya bagi menghadapi PRU-14.

Disember tahun lalu, Jamal turut mencetuskan kontroversi dengan memakai tuala dan berus gigi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Gimik itu dilakukan sebagai protes kepada kerajaan negeri ekoran isu krisis bekalan air yang tidak selesai. -MalaysiaGazette.




Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor?

Sekianlah artikel Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor? dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/jamal-yunos-tawar-diri-jawatan-mb.html

0 Response to "Jamal Yunos tawar diri jawatan MB Selangor?"

Posting Komentar

wdcfawqafwef