Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan

Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan
link : Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan

Baca juga


Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pandangan mana-mana pemimpin PAS berhubung siapa calon perdana menteri pembangkang tidak akan dilayan, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) , Datuk Kamaruddin Mohd Noor.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi sesuai untuk menjadi perdana menteri.
 
Ujar Kamaruddin sebarang ulasan atau nasihat daripada PAS tidak diperlukan sementelah parti itu bukan ahli Pakatan Harapan (PH).
 
"Ini apa pun keputusan PH, PAS bukan anggota PH, jadi pandangan dia tu tidak boleh diambil kira.
 
"Dia (PAS) bukan anggota PH, jadi tidak memberi kesan apa-apalah pandangan dia," ujarnya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Media kelmarin melaporkan Amar sebagai berkata Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM tidak lagi relevan untuk menjadi perdana menteri berikutan sudah melepasi zaman.
 
Kamaruddin mempertahankan pendirian Dr Mahathir yang tidak menolak jika sekali lagi diminta menjawat jawatan nombor satu dalam negara itu.
 
"Kalau diikut dalam amalan pemerintahan kerajaan Islam yang lepas, umur itu bukan jadi penentu pada had pemerintahan.
 
"Jadi saya tak tahu lah sejak bila PAS ikut kaedah lain ni."
 
Dr Mahathir ketika ditemubual secara langsung menerusi Facebook LIVE berkata beliau akan mempertimbangkan untuk sekali lagi menjadi perdana menteri jika diminta berbuat demikian.
 
Sebelum itu, Dr Mahathir pernah menyatakan kesediannya untuk menjadi penasihat kepada perdana menteri pembangkang jika pakatan itu berjaya menang Pilihan Raya ke-14 (PRI14).
 
Bekas Presiden Umno itu yakin beliau mampu membantu negara menyelesaikan krisis kewangan membabitkan negara, yang padanya dalam keadaan tenat.
 
Punbegitu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ibrahim pada Mei lalu mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama 2017 disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah kukuh, khususnya perbelanjaan sektor swasta.
 
Ujarnya, dari segi penawaran, pertumbuhan yang lebih baik ini didorong terutama oleh sektor pertanian yang kembali pulih dan pertumbuhan lebih tinggi dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
 
 


Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan

Sekianlah artikel Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/pandangan-pas-berkenaan-perdana-menteri.html

0 Response to "Pandangan PAS berkenaan perdana menteri PH tidak dilayan"

Posting Komentar

wdcfawqafwef