Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM

Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM
link : Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM

Baca juga


Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM

LABUAN – Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi Mejar Kamal Jufri Kamarulzaman yang menyambung legasi bapanya menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Labuan.

Kamal Jufri, 33, yang berpengalaman dalam TUDM selama 14 tahun merupakan seorang juru sensor senjata untuk No 18 Skuadron pesawat pejuang F 18 Hornet.

“Saya berminat menjadi tentera apabila melihat personaliti bapa saya yang beruniform kemas dan segak setiap kali dia pergi kerja.

“Selain itu, saya berminat kerana melihat ayah yang sering menerbangkan pesawat dan sejak daripada itu saya bertekad dan tanamkan cita-cita untuk menjadi juruterbang tentera,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Hari Bersama Media bersempena sambutan Hari TUDM ke-59 bertemakan ‘Kuasa Udara, Tonggak Kedaulatan Negara’ di Pangkalan Udara Labuan baru-baru ini.

Beliau berkata bapanya Mejar Jen Datuk Kamarulzaman Mohd Othman tidak pernah memaksanya untuk menyertai TUDM.

“Ayah tidak pernah paksa saya menyertai TUDM malah minat untuk menyertai pasukan keselamatan negara datang sendiri, ” katanya.

Ditanya sama ada wujud keinginan untuk membawa pesawat tempur bersama-sama bapanya, Kamal Jufri berkata polisi TUDM tidak membenarkan perkara itu dan atas faktor keselamatan.

Sementara itu, Kamarulzaman berbangga apabila anaknya itu menyertai TUDM dan berkhidmat sebagai juruterbang pesawat tempur.

“Alhamdulillah, hasil didikan saya dia (Kamal Jufri) telah berjaya apa yang diimpikan selama ini (menjadi juruterbang) menjadi kenyataan dan dia amat komited dalam TUDM.

“Daripada kecil lagi saya telah melatihnya untuk berdisplin malah dalam tentera disiplin amat penting kerana sebagai tentera kami memegang tanggungjawab besar pada negara dan bangsa,” katanya.

Kamarulzaman yang berkhidmat selama 37 tahun sebagai juruterbang TUDM berkata beliau telah membawa pesawat tempur selama 12 tahun antaranya A4-Skyhawk dan MiG-29. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roAwkK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM

Sekianlah artikel Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/penyambung-legasi-bapa-jadi-juruterbang.html

0 Response to "Penyambung Legasi Bapa Jadi Juruterbang TUDM"

Posting Komentar

wdcfawqafwef