Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000

Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000
link : Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000

Baca juga


Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Penolong Pengurus di Jabatan Pengarang, akhbar The Star, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan menerima rasuah RM20,000, pada Mei lalu. 
 
Tertuduh, M Younganesparan, 54, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Madhiah Harullah. 
 
Younganesparan didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai berjumlah RM20,000 daripada seorang individu iaitu Mohd Emir Mavani Abdullah, 54, kononnya untuk diberikan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
 
Ia sebagai dorongan kepada SPRM untuk menyelesaikan kes individu terbabit yang disiasat SPRM. 
 
Tertuduh melakukan kesalahan itu di Dome cafe, Lot G20 Vista Power, The Intermark Jalan Tun Razak, jam 9.15 malam, pada 30 Mei lalu. 
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 
 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim tidak menawarkan sebarang jaminan tetapi jika dibenarkan jaminan, pendakwaan menawarkan RM50,000. 
 
Peguam tertuduh, G Shankar memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin tetapi pasport diserahkan kepada mahkamah. 
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin manakala pasport diserah kepada mahkamah. 
 
Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Julai depan.
 
 


Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000

Sekianlah artikel Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000 dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/staf-akhbar-star-didakwa-terima-rasuah.html

0 Response to "Staf akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000"

Posting Komentar

wdcfawqafwef