15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!

15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!
link : 15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!

Baca juga


15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!

Lepas bersalin, badan rasa tak selesa sangat. Kenapa ya? Letih, lesu, tak bermaya, semua buat ibu rasa tak selesa.

Bukannya tak mandi masa berpantang tapi badan tetap rasa tak segar. Sebenarnya semasa berpantang, ibu tetap kena mandi. Jangan tak mandi ya ibu! Mandi dapat memberikan kesegaran, mencantikkan kulit dan memberikan semangat.

Tapi mandi bukan sebarang mandi. Mandi ibu berpantang sangat istimewa. Selain mandi biasa menggunakan air suam, ibu digalakkan mandi rempah, mandi lulur atau mandi bunga. Kenapa ya?

Baca sampai habis kerana ia penting untuk memastikan ibu kembali segar, menarik, berkeyakinan dan bersemangat. Yang pasti Encik suami pun tentu seronok tengok isteri yang makin berseri!

Ini faktanya!

1. Mandi air rebusan daun elok untuk mencuci bahagian sulit wanita supaya luka cepat sembuh.

2. Penggunaan serai wangi, daun pandan dan halia dalam air mandian rempah bertujuan untuk membuang angin serta mewangikan badan.

3. Mandian ini juga baik untuk membersihkan tubuh terutama selepas berpeluh ketika bertarung nyawa melahirkan anak dalam bilik bersalin.

4. Rebusan daun dan rempah juga membantu membersihkan darah nifas serta kuma yang melekat selepas bersalin.

5. Campuran halia dalam air rempah juga membantu mengeluarkan angin serta membuang toksin dalam badan.

6. Mandi lulur yang menggunakan tepung beras boleh mengeluarkan toksin dan dapat mengeluarkan daki dan sel-sel kulit mati pada badan.

7. Melulur juga membantu memecahkan lemak di badan, mengental dan menegangkan kulit yang kendur terutama bahagian perut.

8. Melembutkan dan menyegarkan kulit. Kesannya kulit jadi halus, lembut dan cerah.

9. Mandi lulur juga boleh menghindarkan angin sejuk masuk ke dalam badan ibu berpantang.

10.Penggunaan bahan lulur seperti breas, halba, kunyit, cekur, halia dan lain-lain lagi membantu menghilangkan bau badan.

11. Mandi bunga biasanya dilakukan selepas ibu selesai menamatkan tempoh berpantang 40 hari. Ia membantu menguatkan semangat dan keyakinan ibu.

12. Penggunaan bunga-bungaan dapat melembutkan dan mewangikan badan.

13. Membantu menaikkan seri wajah kerana ibu menjadi lebih segar, ceria dan berseri.

14. Membuang kotoran badan dan membuka pori-pori badan.

15. Menyegarkan badan serta merangsang minda ibu untuk lebih positif kerana aroma daripada bunga-bungaan mempunyai aura tersendiri.

Cara penyediaan air mandian

Air mandian daun & rempah

a. Masukkan air bersama beberapa dedaun pilihan seperti serai wangi, daun pandan, daun inai, daun lengkuas, daun limau purut, pucuk jambut batu, daun mengkudu, daun sirih dan daun kunyit.

b. Masukkan juga halba untuk menghasilkan bau wangi.

c. Apabila air sudah mendidih dan bertukar warna, masukkan air herba tadi ke dalam baldi dan campurkan dengan air biasa. Pastikan air dalam keadaan suam-suam kuku semasa digunakan untuk mandi.

Mandian lulur

a. Bahan-bahan asas lulur seperti beras yang ditumbuk, daun sirih, halba, akar wangi, jintan manis, cekur, kunyit kasturi, kunyit, halia, dan daun mengkudu. Tumbuk kesemua bahan sehingga halus dan menjadi serbuk.

b. Kemudian tambahkan sedikit air pada bahan lulur ini dan sapu pada badan semasa mandi. Ia boleh disapu sebelum atu selepas mandi.

Mandian bunga

a. Guna tujuh jenis bunga wangi dan pelbagai warna. Masukkan semua bunga dalam besen yang mengandungi air suam.

b. Lakukan waktu pagi selepas mengurut dan bertungku.  

Sumber foto: followgreenliving.com


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!

Sekianlah artikel 15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri! dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/15-fakta-mandi-lepas-bersalin-yang-ibu.html

0 Response to "15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!"

Posting Komentar

wdcfawqafwef