3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja

3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja
link : 3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja

Baca juga


3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja

Selepas dipuji “wira”, 3 pengawal keselamatan dari Nepal di sebuah kondominium di Subang Jaya didapati tidak mempunyai permit kerja, lapor akhbar New Straits Times.

Mohammad-Azlin-Sadari-nepali-guard-1

Ketiga-tiga pengawal itu antara 4 lelaki yang direman polis, Selasa lalu, berikutan pergelutan yang dikatakan berlaku di Kondominium USJ One sehari sebelumnya melibatkan pengawal keselamatan itu dan seorang pelawat.

Klip video kejadian itu yang tersebar di media sosial menunjukkan pelawat itu, seorang atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) berjaya ditundukkan 3 pengawal terbabit selepas beliau menendang salah seorang daripadanya.

“Pengawal keselamatan terbabit tidak memiliki dokumen sah. Mereka ada pasport, tetapi tiada permit kerja,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari kepada akhbar itu.

Beliau berkata, polis akan memanggil majikan pengawal keselamatan itu untuk merakam keterangannya.

Mengenai siasatan kes itu, Azlin berkata, atlet MMA itu menarik balik laporan polisnya, tetapi kes terbabit masih disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Daripada video itu, kelihatan seperti pengawal keselamatan adalah mangsa. Bagaimanapun, kita perlu menjalankan siasatan untuk menentukan keadaan sebenar sebelum video itu dirakamkan,” kata Azlin.

Dalam kejadian yang turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) kondominium itu, atlet MMA terbabit mahu memasuki lif, tetapi dihalang seorang pengawal keselamatan itu.

Salah satu klip video menunjukkan individu terbabit menyepak pengawal keselamatan tersebut, sebelum 2 pengawal keselamatan lain muncul membantu menumbangkan lelaki itu.

Pengawal keselamatan itu bercakap dalam bahasa Nepal dan Melayu. Pengguna media sosial mengkritik lelaki berkenaan menendang pengawal keselamatan itu yang dipuji atas keberaniannya.

Ada yang berharap pengawal keselamatan itu bekerja di kondominium mereka.

Sumber: FMT

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja

Sekianlah artikel 3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/3-pak-gad-tundukkan-atlet-mma-rupanya.html

0 Response to "3 Pak gad tundukkan atlet MMA rupanya tiada permit kerja"

Posting Komentar

wdcfawqafwef