5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115

5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115
link : 5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115

Baca juga


5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115


Sering kali kita menganggap setiap negara atau dataran di muka Bumi adalah sebuah tempat yang kekal, kukuh, dan tak berubah.

Ada banyak kes yang menunjukkan bahawa sebuah dataran di Bumi tidak mustahil boleh tiba-tiba menghilang. Penyebabnya mungkin pemanasan global - yang membuat permukaan air laut naik setiap tahun.

Namun, kehilangan sebuah wilayah bukan hanya disebabkan oleh faktor alam. Banyak sebab-sebab lain yang menyebabkan beberapa wilayah tersebut terhapus dari peta.

Sebagai contoh, pada suatu masa ada sebuah negara bernama Yugoslavia. Walau bagaimanapun, mulai tahun 1991, huru hara dan konflik politik membuatnya pecah.

Yugoslavia tinggal kenangan. Bakinya adalah negara-negara pecahannya iaitu Slovenia, Croatia, Republik Macedonia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, dan Montenegro.

Disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari laman Toptenz, Rabu (19/7/2017), di bawah 6 negara yang diramal akan hilang dari peta pada 2115:

1. Kiribati





Kiribati adalah lambang syurga tropika. Merdeka sejak tahun 1979, Kiribati terdiri daripada atol dan terumbu karang dengan kepulauan kecil berada di atas.

Disebabkan peningkatan paras laut, dua pulaunya telah hilang ditelan air laut (Tebua Tarawa dan Abanuea), dan yang lain terancam. Walaupun beberapa pulau dijangka kekal di atas paras air pada 2115, apa yang tersisa dijangka tidak akan dapat menyokong pertanian yang diperlukan untuk menyokong penduduk di sana.

Keadaan ini cukup dahsyat bagi Presiden Tong sehingga terpaksa membuat rayuan rasmi ke Australia, New Zealand dan Fiji untuk menerima penduduk Kiribati sebagai pelarian tetap.

2. Belanda




Sangat masuk akal untuk membayangkan negara-negara tropika yang hilang ke laut. Apa yang tidak dibayangkan ialah kehilangan Negara Eropah kerana perubahan iklim. Perkara ini benar-benar sangat realistik. Ini kerana Belanda adalah salah satu negara yang daratannya lebih rendah dari permukaan laut.

Selama ini, Negera Kincir Angin itu Bergantung pada tanggul sebagai pencegahan banjir. Sistem tersebut dibuat secara moden agar dapat menjaga kelangsungan hidup penduduknya.

Pada tahun 1953, ribut besar pernah melanda Belanda dan negara jirannnya, Belgium. Banjir sedalam 5.5 meter mampu menelan bahagian selatan negara itu.

Oleh itu, para saintis di Eropah telah meramalkan wilayah tersebut boleh terancam oleh bencana alam, yang salah satunya adalah taufan katrina.

3. Taiwan



Kerajaan China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang 'degil'.

Namun hakikatnya, Taiwan adalah sebuah negara yang merdeka sepenuhnya, yang menjalankan pemerintahan sejak kepimpinan Chang Kai-shek tahun 1949.

Perbalahan antara Beijing dan Taipei ini terus berlanjutan, secara pasang surut, kadang naik kadang turun keteganannya.

Pada 25 Oktober 1971, Perhimpunan Agung PBB memilih untuk mengakui China dan mengeluarkan Taiwan dari keahlian. Keputusan tersebut ditentang keras oleh Amerika Syarikat.

Sementara, kebanyakan negara di dunia menerima prinsip 'Satu-China' yang menyatakan bahawa negara di Kepulauan Formosa itu dan tanah besar China adalah sebuah kesatuan. Taiwan hanya menunggu masa untuk kembali ke ke 'lipatan'.

4. Korea Utara


Sama seperti China dan Taiwan, Korea Utara dan Korea Selatan dijangka akan bersatu dan menjadi satu wilayah yang sama.

Selama ini Korea Utara memilih untuk memisahkan diri. Satu-satunya kekuatan terbesar yang dimiliki oleh negara yang dipimpin oleh diktator Kim Jong-un itu adalah kekuatan tentera sahaja.

Kebanyakan pakar menganggap, semua hanya tinggal masa. Akan tiba masanya kedua-dua negara yang berpecah ini akan kembali bersatu pada 2115. Ditambah lagi Korea Selatan bersedia untuk membawa Korea Utara kembali ke jalur perdamaian.

Perkara sama yang berlaku seperti catatan sejarah antara Jerman Barat dan Timur yang kembali bersatu sejak tahun 1990.

5. Haiti


Republik Haiti adalah sebuah negara di Caribbean yang meliputi bahagian barat pulau Hispaniola dan beberapa pulau kecil lainnya di Laut Caribbean.

Haiti merupakan negara kedua yang merdeka di Benua Amerika selepas Amerika Syarikat - juga salah satu pengeluar gula terpenting di dunia.

Haiti juga merupakan salah satu negara termiskin di dunia. Apalagi setelah dilanda gempa bumi yang hebat pada tahun 2009 yang menyebabkan ekonomi negara itu musnah.

Negara ini dijangka akan hilang kerana banyak masalah yang berlaku di wilayah ini. Kemiskinan, konflik antara manusia, bencana alam dan perubahan iklim adalah perkara yang tak dapat dielakkan.



First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115

Sekianlah artikel 5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115 dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/5-negara-ini-diramalkan-akan-hilang.html

0 Response to "5 Negara Ini Diramalkan Akan Hilang Dari Peta Menjelang 2115"

Posting Komentar

wdcfawqafwef