Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV]

Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV] - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV]
link : Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV]

Baca juga


Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV]

PENGGUBALAN silibus kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini mengikut konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) wajar mengambil kira pandangan ibu bapa yang boleh menilai maklum balas anak kepada pembelajaran di sekolah.

Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, pendekatan itu perlu dilakukan supaya silibus yang dihasilkan adalah anjakan baru daripada generasi sebelum ini tetapi masih mengikut kemampuan mereka.

“Saya berpendapat maklum balas ini sangat penting terutamanya apabila kita memperkenalkan kurikulum baru. Ibu bapa bukan menolak kemajuan dan kita memang berasa anak zaman sekarang memerlukan satu anjakan daripada abang kakak dia terdahulu.

“Bagaimanapun, ia perlu sesuai dalam kapasiti dan umur mereka. Keupayaan mereka untuk berinteraksi, bersosial, bermain, semua masih lagi komponen yang penting bagi seorang pelajar terutamanya peringkat rendah dan menengah bawah. Perkara ini kita perlu seimbangkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Rafidah sebelum ini berkongsi pandangan di Facebook (FB) mengenai silibus kurikulum yang semakin sukar dan dilihat kurang sesuai bagi peringkat umur tertentu sehingga dikongsi lebih 11,400 kali.

Perkongsian itu juga mendapat perhatian Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof yang menghubungi Rafidah dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid turut memaklumkan pihaknya mengambil maklum pandangan berkenaan.

“Saya sebenarnya berharap pandangan ini tidak menjadi polemik antara ibu bapa dan guru atau ibu bapa dan penggubal atau kementerian. Semuanya untuk memperbaiki memandangkan guru, kementerian, ibu bapa adalah 'stakeholders' atau pihak berkepentingan kerana kita bercakap soal generasi.

"Jadi antara perkara yang saya tekankan dalam pandangan saya itu adalah keupayaan anak-anak untuk mencerap banyak fakta yang bersifat konsep. Fakta yang memerlukan mereka lebih banyak menghafal terutamanya apabila sudah didedahkan dengan penyakit untuk dikaitkan dengan proses tubuh," katanya.

Beliau berkata, pandangan diberikan itu sebenarnya berdasarkan pengalaman sebagai seorang ibu yang membesarkan enam anak yang kini dua daripadanya di institusi pengajian tinggi, dua di sekolah menengah dan dua di sekolah rendah.

Selain itu, pandangan yang mendapat pelbagai reaksi di FB itu juga dilontarkan daripada sudut dirinya sebagai doktor perubatan apabila melihat beberapa soalan cenderung kepada sains perubatan dan kesihatan termasuk yang membabitkan diagnosis penyakit.

"Apabila fakta dilambakkan kepada mereka, tiada masa untuk mereka meneroka asas ilmu lain. Saya harap orang tidak keliru, saya bukan bermaksud kita perlu perincikan soalan perubatan.

"Saya berpendapat soalan itu (mengenai sistem reproduksi) terlalu tinggi, boleh dikurangkan dan boleh di kembangkan kepada ilmu lain, juga penting dari segi asasnya. Tak perlu pergi terlalu mendalam. “Sebagai pensyarah fisiologi perubatan, saya memang faham. Penuntut saya pula perlukan lebih daripada sekadar kuliah. Bagaimana pula pelajar menengah dan rendah?

"Jika maklumat itu dikurangkan, guru mempunyai masa untuk memahamkan mereka kepada satu-satu konsep. Jadi daripada terlalu banyak konsep dengan masa yang terhad, lebih baik kita pilih konsep yang betul-betul asas kerana kita bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," katanya.

Selain itu, Rafidah berkata, untuk silibus yang lebih spesifik, adalah lebih baik mereka yang pakar dalam bidang berkenaan dipanggil untuk menjadi antara panel penggubal supaya tiada percanggahan maklumat daripada pihak guru mahupun ibu bapa.

“Apa yang penting adalah supaya persekolahan menjadi satu alam yang membentuk anak-anak kita secara keseluruhan bukan saja daripada sudut ilmu. Saya mungkin banyak menekankan ilmu sains dan perubatan tetapi saya berpendapat, di alam persekolahan kita mahu anak-anak seimbang daripada sudut sahsiah dan kemahiran bersosial.

“Kita tidak mahu apabila berlaku lambakan maklumat yang terlalu kompleks untuk mereka hadam sehingga boleh menyebabkan mereka tidak minat ke sekolah sehingga terbabit dengan kegiatan lain. Jadi ini yang kita kena lihat juga, adakah anak-anak yang tidak mahu bersekolah ini kerana berasa susah sangat pelajaran?” katanya.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV]

Sekianlah artikel Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/ambil-kira-pandangan-ibu-bapa-metrotv.html

0 Response to "Ambil kira pandangan ibu bapa [METROTV]"

Posting Komentar

wdcfawqafwef