Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu

Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu
link : Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu

Baca juga


Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu

BATU CAVES – Moto Varese Asiatic Holdings Sdn. Bhd., pengedar tunggal motosikal berkuasa tinggi MV Agusta di Malaysia hari ini secara rasminya membuka pusat pameran terbaharu, MV Agusta Malaysia Life Style Center di sini hari ini.

Hadir merasmikan pembukaan ialah Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Mohamad Dalib, bersama Pengarah Pemasaran dan Jualan MV Agusta, Raffaele Giusta dan turut disertai, Pengerusi Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Hu Ying.

Menurut Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic, Mohamad Zamry Abu Samah berkata bilik pameran eksklusif baharu yang lengkap dengan pusat 3S itu akan ditumpukan kepada aktiviti jualan dan pusat servis buat jenama ini.

“Di sinilah rumah baharu dan pusat operasi rasmi MV Agusta Malaysia dan secara perlahan-lahan akan dikembangkan ke seluruh negara.

“Sebagai permulaan, sebanyak enam varian terkini MV Agusta yang dipasang secara CKD akan berada di bilik pameran ini.

“Manakala yang selebihnya akan dibawa masuk secara berperingkat, mungkin sebelum hujung tahun ini dan kesemua 12 varian akan berada di bilik pameran ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DNC Asiatic Holdings dan Moto Varese Asiatic.

Keenam-enam model premium keluaran Itali itu adalah Brutale 800, Brutale 1090, Dragster 800rr, Tourismi Veloce 800, Tourismo Veloce 800 Lusso RC dan F4rr dijual pada harga yang bermula dari sekitar RM90,000.

Sehingga kini sebuah pengedar di utara tanah air telah dilantik sebagai pengedar rasmi MV Agusta Malaysia dan dijangka dua atau tiga lagi akan dibuka sebelum hujung tahun ini.

“Rakan pengedar iaitu KB Soon Huat Motor di Pulau Pinang telahpun dilantik sebagai pengedar rasmi dan pusat MV Agusta di Utara dan sekiranya tiada halangan, akan dibuka tiga lagi pusat di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan mengembangkan lagi capaian pelanggan dengan menambah pengedar sah di setiap wilayah di Semenanjung Malaysia, sebelum dikembangkan lagi ke Sabah dan Sarawak.

Turut diberi penekanan adalah mengenai keluhan pelanggan sebelum ini mengenai harga alat ganti MV Agusta yang dianggap terlalu mahal.

“Kami sedar dua perkara tersebut telah menghantui para pemilik motosikal dan juga bakal pembeli sebelum ini.

“Oleh itu di hari yang bersejarah ini, MV Agusta Itali telah bersetuju untuk menurunkan harga alat ganti hingga ke tahap yang tidak membebankan pemilik motosikal,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Jualannya, Raffaele Giusta berkata Malaysia berpotensi menerajui pasaran motosikal serantau berikutan beberapa langkah yang diambil kerajaan.

Menurutnya, pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia khasnya begitu memberangsangkan berikutan tempahan dan jualan motosikal MV Agusta begitu positif dari tahun ke tahun.

Barisan model MV Agusta sebelum ini diedarkan oleh Mofaz Motosikal Sdn Bhd menerusi Chear Motor Sdn Bhd, namun begitu pada November tahun lalu, hak pengedaran MV Agusta diberi kepada Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, anak syarikat DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, yang juga syarikat induk Demak Motor.

Peralihan hak pengedaran itu membuka lembaran baharu bagi motosikal jenama Itali itu yang mana menyaksikan cadangan pengeluaran lebih banyak model CKD, selain daripada tekad pengedarnya untuk mengembangkan lagi cawangan jualan serta memantapkan perkhidmatan selepas jualan. -MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu

Sekianlah artikel Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/batu-caves-lokasi-pameran-mv-agusta.html

0 Response to "Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu"

Posting Komentar

wdcfawqafwef