Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri

Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri
link : Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri

Baca juga


Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri

1.png

LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT – Penyanyi kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, 41, ditemui mati bunuh diri di kediamannya di Palos Verdes, kira-kira jam 9 pagi Khamis, lapor Daily Mail.

Pihak polis mengesahkan mereka sedang menyiasat kematian Chester sebagai kes bunuh diri, namun tiada butiran lanjut didedahkan kepada media.

2.jpg

Pegawai penguatkuasa undang-undang berkata, Chester menggantung diri di bilik tidur dan pada waktu itu dia hanya bersendiri di rumah. Kejadian itu hanya disedari oleh keluarganya selepas dimaklumkan oleh pembantu rumah yang menemui Chester di bilik tingkat atas dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Ahli kumpulan Linkin Park yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, mereka semua dijadualkan menghadiri sesi penggambaran di Hollywood pada hari itu. Salah seorang ahli kumpulan itu datang ke rumah untuk menjemput Chester pada pagi Khamis, namun terkejut apabila mendapati polis berada di rumah penyanyi itu.

6.jpg

Lapor Radar Online, Chester merupakan kawan baik kepada mendiang penyanyi Audioslave/Sound Garden, Chris Cornell, yang mati bunuh diri pada bulan Mei lalu beberapa hari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-53.

“Chester dan mendiang Chris sangat rapat, dan dia mula berubah selepas kematian Chris,” kata sumber kepada Radar.

Kata sumber lagi, kematian Chris benar-benar memberikan impak kepada Chester, yang juga mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Dalam temubualnya yang disiarkan pada tahun 2011, Chester pernah membuat pengakuan dia terlibat dengan dadah ketika berusia 11 tahun, selepas kedua ibu bapanya bercerai. Selain itu, Chester juga mendedahkan dia pernah menjadi mangsa cabul rakan lelaki yang lebih berusia darinya ketika dia berumur 7 tahun.

Rakan dan ahli keluarga masih terkejut dengan berita pemergian Chester yang meninggalkan enam orang anak dari dua isterinya. Kerana mereka menyangka Chester selama ini tidak mempunyai masalah dalam hidupnya.

1.jpg
Chester bersama isteri kedua, Talinda Ann Bentley, dan 3 orang anaknya

Mengenai sejarah rumahtangganya, Chester berkahwin dengan isteri pertama, Samantha Marie Olit. Selepas 9 tahun bersama, mereka berpisah dan Chester berkahwin dengan isteri keduanya, Talinda Ann Bentley, bekas model Playboy.

Rakan-rakan artis, Nickelback, One Republic dan ramai lagi mengucapkan takziah kepada keluarga Chester di media sosial. Malah netizen juga sedih dengan berita yang tidak disangkakan itu.

Sumber: thereporter


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri

Sekianlah artikel Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/dia-berubah-selepas-kematian-chris.html

0 Response to "Dia berubah selepas kematian Chris Vokalis Linkin Park Chester Bennington ditemui mati bunuh diri"

Posting Komentar

wdcfawqafwef