Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof

Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof
link : Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof

Baca juga


Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof

KUALA LUMPUR: Bukan mudah untuk menjadi antara individu paling berpengaruh dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 dan menghadiri sidang kemuncak acara itu di Manila yang mana mengumpulkan 300 individu termasyur dalam bidang masing-masing.

Di kesempatan itu, pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof yang turut tersenarai telah berkongsi dengan pengikutnya di Instagram antara perkara menarik yang diperbincangkan bersama Forbes Asia di sidang kemuncak itu.

“Saya bercakap mengenai salah faham tentang wanita Islam, wanita berdaya saing dan apa yang saya fikir tentang hijab.

“Secara jujurnya ia mungkin satu jawapan tidak popular dengan mengatakan beberapa perkara, tetapi ia satu wawancara yang sangat menarik,” tulisnya dalam post terbaru di Instagram.

Bagaimanapun, post berkenaan dibidas beberapa pengikut yang mempersoalkan mengenai cara beliau berpakaian dalam gambar berkenaan.
Namun Vivy tidak segera melatah, dan menjawab sebaik mungkin pandangan netizen mengenai pakaiannnya.

“Apabila orang berbuat kebaikan dan membuat perubahan kepada dunia, perkara pertama yang anda lakukan adalah mengukur bagaimana Islamnya penampilan dia.

“Terdapat banyak umat Islam di dunia ini yang saya hormati atas apa yang mereka lakukan, dan mereka tidak memakai tudung - adalah sangat memalukan jika anda menutup pencapaian mereka hanya penampilan mereka tidak cukup ‘Muslim’ buat anda.

“Bukalah minda dan bersikap baik kepada semua orang, menilai bukan urusan kita tetapi urusan Tuhan,’ jawab Vivy.

Di sebalik komen-komen itu, ramai yang melihat pencapaian Vivy dalam Forbes Asia 2017 adalah satu perkara yang memberi inspirasi buat ramai wanita.

Vivy menghadiri sidang kemuncak Forbes Asia 2017 di Manila, Filipina bersama pelakon dan usahawan Naelofar Hijab, Neelofa bermula pada Selasa.

BACA: Vivy Yusof, Neelofa ke Manila bagi sidang kemuncak Forbes Asia 2017

Fashion Valet merupakan antara laman beli belah atas talian yang semakin berkembang di rantau Asia dengan lebih 400 jenama fesyen di bawahnya.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof

Sekianlah artikel Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/dibidas-netizen-kerana-aurat-ini.html

0 Response to "Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof"

Posting Komentar

wdcfawqafwef