FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini

FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini
link : FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini

Baca juga


FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta agar Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menangguhkan kempen Liga Malaysia (Liga M) pada Ogos ini bagi  membolehkan skuad bawah 22 tahun (B-22) menjalani latihan pusat menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata cadangan itu disuarakan sendiri oleh ketua jurulatih B-22 Datuk Ong Kim Swee yang hanya mempunyai 14 hari untuk mempersiapkan pasukan sebelum acara bola sepak membuka tirai pada 14 Ogos.

“Saya menyokong cadangan itu dan telah menghantar surat kepada FMLLP dan kita sedang menanti jawapan dari Kevin Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP) yang akan bermesyuarat untuk menentukan keputusannya.

“Jika permintaan itu diluluskan, ia berita yang baik kerana Datuk Ong akan mempunyai masa selama 14 hari bersama pasukannya sebelum perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA pada 14 atau 15 Ogos depan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan hari raya pasukan bola sepak dan futsal wanita kebangsaan di sini hari ini.

Perlawanan membabitkan Liga Perdana, Liga Super dan Piala Malaysia dijadualkan berlangsung pada 4, 5 dan 9 Ogos.

Sementara itu Hamidin berkata pihaknya akan menyelesaikan isu tuntutan gaji lima bekas jurulatih negara sebelum hujung bulan ini.

Lima jurulatih yang menuntut hak mereka ialah bekas penolong jurulatih skuad senior Hassan Sazali Mohd Waras, bekas jurulatih kecergasan skuad senior Reuben Jude, bekas penolong jurulatih B-22 Aminuddin Hussin, bekas jurulatih penjaga gol B-22 Megat Amir Faizal Ibrahim dan bekas jurulatih kecergasan B-22 Mashidee Sulaiman.

“Isu ini saya akan selesai sebelum hujung bulan ini. Saya sudah bercakap dengan Presiden Persatuan Jurulatih Malaysia B. Sathianathan dan minggu ini beliau akan berjumpa dengan saya.

“Kita sudah bayar pampasan tiga bulan pada bulan Mei lalu. Tetapi perlu saya katakan FAM tidak kejam, kita telah bayar ikut semua peraturan. Kita boleh berbincang dan kita juga sudah ada formula dan akan berjumpa dengan mereka untuk selesaikannya,” katanya.

Isu berkenaan mula timbul susulan tindakan kepimpinan baru FAM yang memecat barisan kejurulatihan skuad senior dan B-22 pada Mac lalu dengan tempat Frank Bernhardt selaku pengendali B-22 diisi oleh Kim Swee manakala kekosongan ketua jurulatih Harimau Malaya disandang Nelo Vingada.

Lima bekas jurulatih negara itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang mereka anggap kurang profesional kerana FAM enggan membayar keseluruhan baki gaji sebaliknya hanya membayar gaji bagi tiga bulan sahaja. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini

Sekianlah artikel FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/fam-minta-fmllp-tangguh-liga-malaysia.html

0 Response to "FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini"

Posting Komentar

wdcfawqafwef