Judul : Fathia Akui Lebih Selesa Buka Tudung Ketika Bersama Keluarga
link : Fathia Akui Lebih Selesa Buka Tudung Ketika Bersama Keluarga
Fathia Akui Lebih Selesa Buka Tudung Ketika Bersama Keluarga
Baru-baru ini tersebar gambar menunjukkan aktres popular Fathia Latiff tidak memakai tudung bersebelahan seorang lelaki dikatakan kekasihnya.
Menerusi laporan Harian Metro, Fathia memohon maaf jika ada pihak berasa kurang senang apabila melihat gambar tersebut. Bagaimanapun dia menafikan lelaki di sebelahnya itu adalah kekasihnya.
Jelas bintang drama Ariana Rose ini, gambar itu dirakam salah seorang rakannya ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka saudaranya sempena Aidilfitri lalu.
“Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya.
“Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung,” katanya.
Fathia berkata, dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sehingga dimuat naik portal gosip hiburan itu.
“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya dikelilingi keluarga, saudara dan teman rapat ketika itu,”katanya.
Menurut Fathia, dia sangat menyayangi peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya dan sudah tentu gambar itu akan membuatkan mereka marah.
“Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.
“Daripada mengecam saya, lebih elok mendoakan saya supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan”, katanya.
The post Fathia Akui Lebih Selesa Buka Tudung Ketika Bersama Keluarga appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaAppear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fathia Akui Lebih Selesa Buka Tudung Ketika Bersama Keluarga
Anda sekarang membaca artikel Fathia Akui Lebih Selesa Buka Tudung Ketika Bersama Keluarga dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/fathia-akui-lebih-selesa-buka-tudung.html
0 Response to "Fathia Akui Lebih Selesa Buka Tudung Ketika Bersama Keluarga"
Posting Komentar