FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab

FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab
link : FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab

Baca juga


FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk​​​​​​​Khairil Anuar Aziz sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut mengumumkan bahawa​​​​​​​ Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan dibubarkan berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ​​​​​​​ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Logistik & Sektor-sektor Lain FGV.

Beliau menyertai kumpulan tersebut sejak 2012.

“Beliau adalah generasi kedua peneroka Felda,” kata syarikat tersebut.

Sementara itu dalam satu kenyataan lain, FGV mengumumkan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd telah membeli 400,000 saham FGV pada 17 Julai 2017.

Dengan pembelian itu, koperasi tersebut memiliki 204.56 juta saham yang bersamaan dengan 5.61 peratus kepentingan ekuiti FGV.

Dalam kenyataan berasingan hari ini, FGV berkata, Khairil Anuar akan menjalankan kerja dan tanggungjawab​​​​​​​ Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif secara sementara, berkuat kuasa hari ini semasa tempoh interim.

“Jawatankuasa Eksekutif Lembaga (BEC) dibubarkan berkuat kuasa serta merta.

“Lembaga Pengarah FGV mengucapkan terima kasih kepada anggota BEC, terdiri daripada Datuk Omar Salim, Datuk Zafer Hashim dan Azman Ahmad atas sumbangan mereka sejak 6 Jun, 2017,” menurut kenyataan itu.

Khairil Anuar, yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Coventry University, United Kingdom, ketika ini merupakan pengarah di Pelaburan MARA Bhd; Sinergi Perdana Sdn. Bhd ( sebuah konsortium ditubuhkan oleh Felda, Risda dan Felcra di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perdana Menteri) dan Lembaga Pelabuhan Kuantan Bhd.

Sebelum menyertai FGV, Khairil Anuar memperoleh pengalaman luas dalam logistik dan pengedaran, teknologi maklumat, pengurusan projek, jualan dan pemasaran serta pembangunan perniagaan, kebanyakannya bagi pengurusan kanan.

Beliau berkhidmat di Renong Bhd Group dan beberapa jawatan lain di UEM Group Bhd, Cement Industries of Malaysia Bhd dan Time Engineering Bhd.

Khairil Anuar pernah dilantik sebagai Pengerusi Kluster syarikat berkaitan kerajaan dan anggota panel Gabungan Pemikir Profesional Felda sejak 2009.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab

Sekianlah artikel FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/fgv-lantik-khairul-anuar-aziz-pegawai_20.html

0 Response to "FGV Lantik Khairul Anuar Aziz Pegawai Bertanggungjawab"

Posting Komentar

wdcfawqafwef