Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU

Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU
link : Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU

Baca juga


Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU

KELANA JAYA: Walaupun berat meninggalkan seorang anak kelainan upaya (OKU), seorang ibu masih bersyukur apabila mendapat giliran menunaikan ibadah haji tahun ini.

"Kesusahan yang dilalui tidak melemahkan semangat saya untuk terus mengumpul wang sejak 10 tahun lalu bagi membolehkan saya ke Tanah Suci satu hari nanti."

Demikian luahan Arbaiyah Darhan ibu tunggal berusia 70 tahun yang perlu menjaga anak perempuan yang menghidap penyakit Systematic Lupus Erythematosus (SLE).

"Perasaan saya memang sedih dan kasihan untuk tinggalkan dia. Dia tak boleh jalan, tetapi merangkak sahaja."

Tambah Arbaiyah, anaknya itu walaupun kini sudah berkahwin dan mempunyai suami, namun dia tetap menzahirkan rasa berat hati memandangkan anaknya itu selama ini dijaga sepenuh perhatian dan tidak pernah tinggal berjauhan oleh kerana keadaannya.
Arbaiyah yang menetap di Felda Sungai Tengi di Hulu Selangor sejak 40 tahun lalu, telah membesarkan empat anak dengan membuat kerja-kerja ladang.

"Anak pertama saya pula sudah meninggal dunia tiga tahun lepas kerana angin ahmar.

"Dalam persediaan untuk menunaikan haji, saya teringat anak saya, dan saya menangis setiap hari kerana rindu," katanya.

Sejak kehilangan suaminya 20 tahun lalu, Arbaiyah kini bekerja menjaga kedai ibu tunggal berdekatan rumahnya.

"Kita tabahkan hati, dan berserah kepada Yang Satu, kerana akhirnya kita akan kembali kepada-Nya," katanya.

Arbaiyah yang sedang dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji tahun ini menasihatkan anak-anak yang lain supaya mula menabung awal untuk melaksanakan haji.

Beliau juga berharap dan berdoa supaya perjalanan ini adalah yang terbaik dan selamat untuk dirinya dan keluarga.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU

Sekianlah artikel Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/gembira-dalam-duka-jemaah-haji-sebak.html

0 Response to "Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU"

Posting Komentar

wdcfawqafwef