Judul : Giliranku
link : Giliranku
Giliranku
Kelana Jaya: Pengorbanan pasangan ini sangat mengharukan apabila sanggup mengenepikan kepentingan diri semata-mata mahu enam anaknya berjaya terlebih dulu sebelum akhirnya dapat menunaikan haji tahun ini.
Sebaik wang tabungan dalam Tabung Haji (TH) mencukupi, mereka terpaksa mengeluarkannya pula demi masa depan enam anak yang masih belajar di universiti.
Pesara tentera, Saripin Kaslan, 77, dan isteri, Pon Buang, 67, menganggap pengorbanan itu dilakukan demi anak tersayang yang ketika itu semuanya masih belajar dan memerlukan belanja yang besar.
“Siapa tidak teringin menunaikan haji di usia muda namun demi anak-anak, kami sanggup berkorban dengan mengeluarkan wang simpanan di TH untuk membiayai pengajian mereka,” kata Saripin ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.
Pasangan ini antara 1,673 jemaah haji kumpulan keempat yang berlepas ke Madinah, semalam untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Giliranku
Anda sekarang membaca artikel Giliranku dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/giliranku.html
0 Response to "Giliranku"
Posting Komentar