Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor

Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor
link : Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor

Baca juga


Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mana-mana organisasi, agensi atau jabatan yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), tidak berpolitik dalam komitmen mereka membanteras gejala rasuah, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau percaya usaha mereka menunjukkan tanggungjawab dalam memberikan kesedaran kepada semua .

“Saya anggap bahawa IBR sebagai sesuatu yang penting. Kalau hendak kata kerajaan berpolitik, badan lain pun menerima IBR.

“Jadi, saya percaya SPRM tidak berpolitik tetapi yang berpolitik adalah pihak-pihak yang tidak dapat melakukan ikrar sama atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka sahaja tahu,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan bakal haji rombongan kerajaan Johor, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR  Datuk Saifuddin Nasution semalam, yang mempersoalkan sama ada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad ingin menjadi ahli politik atau selebriti kerana pendekatan dilakukan Dzulkifli berkaitan IBR dilihat hanya untuk mendapatkan perhatian media.

Saifuddin yang juga Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang turut berkata masyarakat tidak berminat dengan ikrar yang dianggap promosi semata-mata, dan beliau  turut mempersoalkan mengapa Ikrar Integriti Korporat yang diperkenalkan sebelum ini, dihentikan.

Mohamed Khaled menegaskan bahawa kerajaan Johor menganggap IBR sebagai sesuatu yang dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada semua pihak supaya tidak melakukan rasuah.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan untuk jabatan dan agensi di negeri ini menandatangani IBR, namun, ia menunjukkan sokongan dan petanda baik sekiranya terdapat jabatan dan agensi yang mengambil inisiatif menandatangani IBR.

“Saya juga sudah memberikan jawapan mengenai IBR ini semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, Mei lepas, apabila pembangkang menuduh kerajaan negeri menandatangani IBR sekadar gimik politik,” katanya.

Kerajaan Johor menandatangi IBR pada 20 April lepas dengan Mohamed Khaled mendahului upacara melafaz dan menandatangani ikrar yang disertai sembilan anggota exco dan tiga ex-officio.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor turut melakar sejarah apabila menjadi JAS pertama di negara ini yang menzahirkan komitmen memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani IBR. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor

Sekianlah artikel Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/ikrar-bebas-rasuah-bukan-berpolitik-mb_17.html

0 Response to "Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor"

Posting Komentar

wdcfawqafwef