Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil

Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil
link : Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil

Baca juga


Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjaya melaksanakan inisiatif-inisiatif mempercepat dan memperkasakan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata inisiatif itu adalah bagi menangani isu berkaitan kelewatan pengeluaran SPHM samada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.

“Kerajaan amat memahami rintihan dan juga rayuan daripada industri yang memohon kepada kesegeraan sijil ini.

“Maka inisiatif terbaru ini mempercepatkan pengeluaran SPHM telah dilaksanakan di mana dengan peringkat Jakim disusuli dengan negeri-negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Jamil, melalui inisiatif tersebut pihaknya telah meluluskan 80 peratus permohonan SPHM termasuk dalam tempoh tiga hari.

"Inisiatif ini juga melibatkan penambahan kekerapan bilangan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal dari dua kali sebulan kepada lapan kali sebulan atau dua kali seminggu.

"Proses ini juga menghasilkan keputusan pengesahan dalam tempoh tiga hari bekerja pagi permohonan produk yang tidak kritikal satu hingga tiga hari," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Dr Noraini Binti Ahmad (BN – Parit Sulong) yang minta menteri menyatakan inisiatif baharu yang dilakukan Jakim untuk tambah baik proses kelulusan SPHM.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil

Sekianlah artikel Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/inisiatif-baharu-jakim-percepat.html

0 Response to "Inisiatif baharu Jakim percepat kelulusan Sijil Halal - Jamil"

Posting Komentar

wdcfawqafwef