Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz

Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz
link : Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz

Baca juga


Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz

PELAKON Dr Soo Wincci berharap tidak ada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka, Kau Yang Satu.

Soo Wincci, 31, berkata isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik sudah memberi lampu hijau untuk dia melakonkan babak seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha pelakon tersebut.

“Sebelum kami menjalani penggambaran, saya dan Aaron ada memasuki kelas drama untuk mencari keserasian memandangkan ini kali pertama kami bergandingan dan perlu melakonkan babak-babak mesra.

“Masa tengah latihan memang tidak dinafikan saya kekok untuk berlakon babak sebegitu dengan dia. Namun, bila sudah berada di dalam set kami perlu berikan yang terbaik.

Salah satu babak mesra lakonan Soo Wincci dan Aaron.

“Memang mulanya segan juga sebab isteri Aaron, Diyana turut ada ketika itu. Nasib baik Diyana seorang yang sangat memahami dan dia benarkan saya dan Aaron melakonkan babak mesra,” kata Soo Wincci kepada mStar Online.

Dalam pada itu, bekas Ratu Cantik Malaysia ini berkata, dia sudah bersedia menerima sebarang kritikan dan kecaman terhadap lakonannya sebagai Isabella.

Sementara itu, Soo Wincci yang pertama kali memegang watak antagonis menerima pujian ramai selepas majlis malam tayangan perdana filem tersebut pada Khamis lalu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

“Watak Isabella ini sangat berbeza dengan diri saya. Yang pasti, penonton akan lihat kelainan daripada lakonan saya sebelum ini.

“Mungkin ramai akan kecam dan kritik tapi saya sudah bersedia dengan semua itu. Bila penonton kecam, maknanya lakonan saya menjadi.

“Saya akan terima negatif atau positif komen yang mereka akan berikan selepas menonton filem ini,” ujarnya.

Filem adaptasi novel karya Nia Azalea ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.
Sumber: MStar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz

Sekianlah artikel Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/jangan-marah-soo-wincci-duduk-atas-peha.html

0 Response to "Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Peha Aaron Aziz"

Posting Komentar

wdcfawqafwef