Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci

Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci
link : Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci

Baca juga


Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci

MADINAH – Tahap disiplin tinggi jemaah haji Malaysia ketika mengerjakan ibadah haji, sering menarik perhatian pelbagai pihak, dan tahun ini sebanyak 30,200 orang bakal haji bagi musim 1438 Hijrah, diminta terus mengekalkannya demi menjaga nama baik negara.

Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin berkata jemaah haji Malaysia sangat terkenal dalam menjaga disiplin dan mematuhi arahan yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Dalam kemeriahan dan kesibukan menunaikan ibadah haji, saya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga disiplin.

“…patuh kepada peraturan dan arahan kerajaan Arab Saudi, dengar nasihat dari semasa ke semasa oleh petugas Tabung Haji,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia di bangunan penginapan jemaah haji di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick, pada Isnin.

Kumpulan jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 5.30 pagi waktu Malaysia, Isnin.

Zainol Rahim berkata jemaah haji juga perlu mengutamakan kesihatan, termasuk minum air yang banyak berikutan keadaan cuaca panas di Madinah dan Makkah, ketika ini.

“Musim haji pada tahun ini sama seperti pada tahun sebelumnya…panas, jika tidak sihat terus jumpa doktor dalam kalangan petugas Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata jemaah haji Malaysia juga perlu menitiikberatkan aspek keselamatan ketika melakukan ibadah berikutan pertambahan jemaah pada musim haji kali ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, khususnya Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang banyak memberikan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia bagi menunaikan Rukun Islam Kelima itu. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci

Sekianlah artikel Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/jemaah-malaysia-diminta-jaga-disiplin.html

0 Response to "Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci"

Posting Komentar

wdcfawqafwef