Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis

Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis
link : Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis

Baca juga


Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Khamis membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik komen tidak berasas dengan mengaitkan kematian anaknya pada Disember 2001.

Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini petang tadi kerana menyifatkan perbuatan pemilik akaun Facebook 'Jeffery Teoh' itu berunsur provokasi politik yang berniat jahat serta menyentuh sensitiviti keluarga.

Shahidan, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata beliau terkejut dan kecewa dengan perkara itu kerana pemilik akaun Facebook itu sanggup mempermainkan soal kematian.

Anak bongsu beliau yang berusia tiga tahun, Ameer Mohammad Fawwaz, meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat 31 Kondominium Sri Bistari, Jalan Putra, Kuala Lumpur, dalam kejadian pada 10 Dis 2001.

"Ini satu fitnah yang tidak berasas. Seolah-olah saya membunuh anak sendiri. Sedangkan komen itu dibuat berdasarkan kenyataan saya berkenaan Tun Mahathir (Mohamad)," katanya kepada pemberita di sini.

Shahidan berkata kenyataan yang dimuat naik individu terbabit di ruangan komen Facebook berhubung artikel bertajuk 'Walau hubungan baik, Shahidan tetap lawan Dr M' yang disiarkan sebuah portal berita adalah berniat jahat dan cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

"Mereka boleh berperang dengan saya dalam politik tetapi jangan menyentuh perkara peribadi dan hal keluarga. Tindakan tegas polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bagi menyiasat motif dia berbuat demikian," kata Shahidan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Sebanyak 22 laporan polis dibuat berkenaan fitnah ini di seluruh negara termasuk 19 laporan dibuat di Kangar dan satu di Arau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew ketika ditemui berkata pihaknya dan SKMM akan menyiasat komen daripada pemilik akaun Facebook berkenaan.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis

Sekianlah artikel Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/kecewa-kematian-anak-dipolitikkan.html

0 Response to "Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis"

Posting Komentar

wdcfawqafwef