Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat

Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat
link : Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat

Baca juga


Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat


Macam mana nak tahu samada anda ni, jenis manusia beracun ?
Tau lebih tepat lagi, macam mana nak tahu perangai anda sebenarnya, di mata orang lain ?
Cara paling mudah adalah dengan melihat perangai kawan-kawan rapat yang anda sering bertemu dan melepak bersama.

Kalau majoriti kawan-kawan yang serng anda jumpa adalah dari kalangan manusia beracun, maka ada kemungkinan besar, anda juga masuk dalam kategori manusia beracun.

Oleh itu, amat penting untuk kita tapis dengan siapa kawan-kawan yang boleh dijadikan kawan rapat. Berkawan dengan semua orang boleh, memang tak ada masalah. Tapi, kawan rapat perlu dipilih dengan teliti.

Kawan rapat yang dimaksudkan di sini, ialah kawan-kawan yang anda sering berjumpa dan habiskan masa bersama. Pastikan mereka jenis manusia baik yang mendatangkan manfaat untuk keselamatan anda dunia dan akhirat.

18 jenis manusia beracun yang perlu dijauhi

Berikut admin senaraikan jenis kawan-kawan yang elok untuk anda jauhkan diri supaya mereka tak jadi kawan rapat sangat.

1. Suka mengumpat cakap buruk terhadap orang lain 


Orang macam ni elok tak payah nak rapat sangat. Dia suka mengata perkara buruk kat belakang orang. Bila depan anda dia kata kat A, bila duduk dengan A dia akan mengata kat anda pula. Perhatikan kawan jenis macam ni dan mula jauhkan diri darinya.
Macam mana nak tahu dia mengata kat belakang anda ?
Kalau dia mengata buruk pasal orang lain kat depan anda, maka tak mustahil dia juga akan kata buruk pasal anda kat orang lain.
Paling penting, anda sendiri perlu disiplinkan diri untuk tak mengata keburukan orang lain.

2. Sentiasa bersangka buruk
 Orang yang tak pernah nak fikir pasal benda baik akan berakhir dengan apa yang dia fikirkan. Semua yang berlaku disekelilingnya akan ditafsirkan secara negatif. Orang macam ini biasa mati cepat dan hidup tertekan dan sentiasa menyusahkan orang lain.

3. Tidak bertimbang rasa
 Orang yang bertimbang rasa biasanya dapat menyelami perasaan orang lain. Segala tindakannya dipertmbangkan terlebih dahulu berdasarkan keadaan yang bersesuaian.
Orang yang tak bertimbang rasa tak ada langsung kemahiran menyelami perasan orang lain. Dia kasar tak kira tempat.

4. Ambil banyak masa anda dengan perkara yang sia sia


 Ada orang ambil banyak masa anda, tetapi masa yang anda berikan pada mereka tidak sia-sia. Anda dapat ilmu, manfaat kebendaan dan lain-lain yang diperlukan setiap kali anda habiskan masa dengan mereka. Orang macam ini memang terbaik untuk dijadikan kawan rapat.
Ada orang yang akan habiskan banyak masa anda, tapi kesemuanya hanyalah sia-sia sahaja. Buang masa dengan perkara tak berfaedah, duduk berjam-jam mengata sana sini, buat ulasan politik negara dan kritik semua orang.
Kalau tak cerita pasal orang, dia akan mengeluh ketidak adilan hidup yang dialaminya dan macam macam lagi. Tak payah nak rapat dengan manusia beracun macam ni.

5. Sentiasa ada krisis dan konflik dengan orang lain
 Setiap kali jumpa, ada saja krisis baru dengan orang yang lain pula. Itu tandanya dia yang bermasalah dan bukannya orang lain. Tapi biasalah, dia akan tuduh semua orang lain punya masalah dan tak pernah nak mengaku masalah diri sendiri. Tak payah mengaku kawan rapat dengan orang macam ni.

6. Sering pusing cakap 
Orang yang suka pusing cakap bukan susang sangat nak dikesan. Mereka jenis yang tak pernah mengaku silap. Jika ternyata salahpun, masih nak pusing sana sini untuk dibetulkan. Bukan pusing cakap saja, mereka juga suka berbohong. Letih kawan dengan orang macam ini.

7. Sentiasa kritik anda


 Setiap kali jumpa dia akan kritik anda dengan bermacam sudut negatif. Hampir tak ada apa satupun yang anda ada dan yang anda buat boleh dipujinya. Jika benarpun anda memang terlalu lemah sebegitu, kritik 100% tidak akan membantu anda untuk maju.
Kritik yang keterlaluan sepanjang masa juga menunjukkan orang tersebut memandang rendah dan tidak hormat pada anda. Daripada anda terus rasa lemah setaip kali bertemu dengannya, elok dijauhkan diri saja darinya.

8. Lebih suka bercakap dari mendengar
 Ini amat mudah nak kesan. Mereka cakap tak berenti, potong cakap orang dan sebenarnya langsung tak dengar apa orang lain cakap. Orang macam ini hanya buat anda rasa seperti berkawan dengan seekor burung kakak tua yang tak punya perasaan.

9. Asyik dia saja yang jadi mangsa
 Kalau semua orang salah dan dia saja yang jadi mangsa keadaan dan mangsa orang lain, itu tanda yang amat jelas jenis manusia beracun. Mereka tak punya sikap bertanggung jawab terhadap apa saja keadaan yang berlaku hatta walaupun pada diri mereka sendiri.

10. Suka sakitkan hati 


Apa saja yang keluar dari mulutnya akan membuatkan orang sakit hati. Tindakannya juga sering menyakitkan hati. Tak semestinya menyakitkan hati anda, tapi hati orang lain disekeliling. Ini jenis orang yang anda perlu jauhkan diri.

11. Suka berlebihan tambah garam 
Apa saja ceritanya akan ditokok tambah berlebihan. Saiz s dijadikannya saiz XXL. Susah untuk percaya orang jenis macam tu. Letih untuk tapis terlebih dahulu segala percakapannya dan ini membuang banyak masa. Jauhkan saja darinya.

12. Panas baran cepat naik darah
 Tak boleh sabar lansung walaupun terhadap perkara yang remeh dan kecil. Sikit-sikit nak melenting…, jauhkan saja orang perangai macam tu.

13. Sentiasa nak betul
 Kalau memang betul tak ada orang nak kesahkan. Tapi benda yang tak betulpun masih nak pertahankan juga, itu satu masalah yang kritikal. Orang jenis macam tu tak payah nak rapat sangat.

14. Tak hormat orang


Mungkin dia nampak macam hormat dan tak biadap dengan anda. Tapi cuba lihat bagaimana dia layan pelayan kedai makan, atau orang lain yang kerja tak berapa glamour. Orang yang suka herdik dan biadap dengan orang yang dia rasa lebih rendah darinya elak dijauhkan saja.

15. Pentingkan diri sendiri terdahulu
 Walau apapun yang terjadi, orang jenis ini akan fikirkan tentang dia terlebih dahulu baru pasal orang lain. Malah biasanya dia tak fikirkan langsung pasal orang lain. Kalau anda rapat dengan orang macam ni, anda tentu bermasalah besar.

16. Sentiasa cuba kawal anda
Jika ada kawan yang suka nak kawal apa saja pemikiran dan tindakan anda, tiu bukanlah kawan yang patut dijadikan kawan rapat. Sekalipun teman wanita, kalau dia suka nak mengawal, elok jauhi saja darinya.

17. Ada masalah ketagihan


Berkawan rapat dengan sesiapa saja yang ada maslaah ketagihan memang amat menyusahkan. Ketagihan tak semestinya hanya dalam bab dadah sahaja. Ada banyak lagi ketagihan dalam zaman moden ini. Ketagih main mesin kuda, ketagin main video game, ketagih layan media sosial dan macam-macam lagi. Jangan rapat sangat dengan orang yang sebegitu.

18. Rasa tak sedap hati dengannya
Bisikkan hati anda biasanya betul. Bila anda memang ada rasa tak berapa sedap dan selesa dengan seseorang itu, ertinya memang betullah apa yang perasan anda cuba sampaikan. Perasaan anda biasanya hanya bertindak untuk selamatkan anda saja. Jadi bila hati anda rasa seseorang itu tak berapa kena, elok ikut saja.
Jangan jadi manusia beracun

Sila perhatikan kawan-kawan anda sekarang dan perhatikan mereka jenis yang macam mana. Jika ada salah satu dari apa yang disenaraikan kat atas tu, berhati-hatilah.


Dalam masa yang sama juga, perhatikan samada anda punya salah satu dari ciri-ciri yang disebutkan kat atas tu. Asyik tengok orang dan tak suluh pada diri sendiri juga merupakan salah satu sikap yang membawa kepada kerosakan diri.

Yang paling penting, sentiasa sedar dengan apa yang kita buat, sedar dengan apa yang kita cakap dan sedar dengan apa yang berlaku di depan dan di sekeliling kita.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat

Sekianlah artikel Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/kenali-kawan-rapat-andaini-18-jenis.html

0 Response to "Kenali Kawan Rapat Anda,Ini 18 Jenis Manusia Beracun Yang Tak Patut dijadikan Kawan Rapat"

Posting Komentar

wdcfawqafwef