Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ

Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ
link : Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ

Baca juga


Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ

Pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar, malah pada bila-bila masa sahaja dia boleh meminta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula.
Risiko Sambung Bayar Kereta

Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib mengingatkan orang ramai supaya membuka mata dalam urusan jual beli kenderaan membabitkan urusan sambung bayar.

Penyambung bayar dan pemilik kenderaan asal perlu membuat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping.

Walaupun ada perjanjian tapi anda harus tahu selagi tidak tukar nama, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut.

Dalam undang-undang seksyen 10 jelas menyebut apabila sesuatu kenderaan yang bertukar milik perlu lapor di mana-mana JPJ dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Risiko kepada mereka yang membeli atau menjual kenderaan secara sambung bayar antaranya, apa saja yang berlaku terhadap kenderaan itu menjadi tanggungjawab si pemilik.

Contohnya berlaku kes jenayah atau disaman, yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukan pemilik yang sambung bayar.

Apa-apa saja aktiviti yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik asal kenderaan.

Pemilik juga harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya.

Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang.

Risiko Jualan Atas Jualan

Masalah yang paling banyak berlaku adalah kes melibatkan jualan atas jualan. Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali.

Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.

Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan.

Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?.

Meskipun berdepan pelbagai bentuk risiko namun masih ramai orang melakukan urusan sambung bayar ini menurut beliau, hal ini kerana lazimnya siapa yang akan beli kereta sambung bayar.

Pertama, mereka yang tidak layak membuat pinjaman. Sebagai contoh nama disenarai hitam oleh pihak bank.

Kedua, mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar deposit atau duit pendahuluan.

Ketiga, dokumen yang dilampirkan untuk membuat permohonan pinjaman tidak cukup kuat seperti gaji asas rendah, terlalu banyak komitmen dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

sumber: sinarharian


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ

Sekianlah artikel Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/kereta-sambung-bayar-bahaya-pemilik.html

0 Response to "Kereta Sambung Bayar, Bahaya Pemilik Asal Berkuasa Mutlak - Amaran JPJ"

Posting Komentar

wdcfawqafwef