Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai

Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai
link : Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai

Baca juga


Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai

KUALA LUMPUR – Kumpulan yang dipercayai menculik Pastor Raymond Koh yang hilang pada Februari lepas, mempunyai rangkaian di selatan Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya masih bekerjasama dengan polis Thailand untuk mengesan rangkaian kumpulan berkenaan.

Menurut beliau, kumpulan penculik itu dipercayai diketuai seorang lelaki, yang juga dalang penyeludupan senjata dan dadah yang ditembak.

Siasatan polis mendapati kumpulan berkenaan mempunyai jaringan dengan aktiviti penyeludupan manusia di selatan negara jiran itu.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan ke atas tiga lagi suspek yang ditahan pada hari yang sama, ketua mereka ditembak mati, kumpulan terbabit mempunyai hubung kait dengan sebuah lagi kumpulan di selatan Thailand,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau juga berkata, pihaknya percaya kehilangan seorang lagi lelaki iaitu Peter Chong, pada 31 Mac lalu, turut mempunyai kaitan dengan kumpulan sama.

Pada 13 Februari lalu, Raymond, 62, dipercayai telah dilarikan sekumpulan lelaki di Jalan SS4b/10, Petaling Jaya, Selangor.

Selain Raymond, empat lagi individu iaitu bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong; paderi, Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth serta aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis, Amri Che Mat turut dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, Peter yang didakwa diculik pada 6 April lalu ditemukan selamat selepas tiba di tanah air dari Thailand, 16 April lalu. -AWANI

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai

Sekianlah artikel Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/kes-raymond-koh-ada-kaitan-rangkaian-di.html

0 Response to "Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai"

Posting Komentar

wdcfawqafwef