Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR

Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR
link : Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR

Baca juga


Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Khamis menafikan kerajaan DAP Pulau Pinang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Sebaliknya, beliau berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi kerajaan negeri untuk berbuat demikian.

"Tapi sekiranya mereka rujuk kepada kita, kita boleh bincang bahawa IBR bukan hanya tinggal ikrar sahaja dan mesti diikuti dengan tindakan-tindakan konkrit untuk banteras rasuah," katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Pulau Pinang, di sini Khamis malam.

Turut hadir pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dipetik sebagai berkata SPRM kesal dengan keengganan kerajaan Pulau Pinang menandatangani IBR yang merupakan komitmen bagi sesebuah institusi untuk bersama-sama memerangai musuh nombor satu negara itu.

Pada 12 Julai lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR

Sekianlah artikel Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/lim-guan-eng-nafi-p-pinang-enggan-tanda.html

0 Response to "Lim Guan Eng nafi P. Pinang enggan tanda tangan IBR"

Posting Komentar

wdcfawqafwef