Judul : “Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle
link : “Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle
“Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle
Segelintir netizen suka membuat spekulasi tanpa usul periksa. (Gambar: Z.Nadzri)
“Rumahtangga kami seperti biasa, bahagia dan masih tinggal sebumbung. Saya malas nak melayan sebarang spekulasi terutama daripada netizen kerana tidak mahu memberi respons kepada isu yang tidak berasas,” jelas pelakon Diana Danielle, 26, mengenai isu rumahtangganya dengan pengarah dan pelakon Farid Kamil, 36, yang dikatakan bergolak.
Tegasnya lagi, lebih baik dia menumpukan kepada perkara yang berfaedah dan membawa kebaikan.
Desas-desus keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular itu mula tersebar apabila mereka menyambut Aidilfitri secara berasingan.
Farid beraya di Alor Setar, Kedah bersama dua anaknya, Muhammad, 4 dan Nur Aurora, 2 tahun, manakala Diana pula, di Kuala Lumpur bersama ibu, Norsiah Ramli dan adiknya.
Menjelaskan perkara itu, kata Diana dia terpaksa menjaga ibunya di Kuala Lumpur kerana dia dijangkiti virus demam denggi dan memerlukan penjagaan rapi kerana tubuhnya sangat lemah.
“Sebab itulah saya tidak dapat balik berhari raya dengan Farid kerana perlu temankan ibu dan adik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Jelas Diana, keluarganya lebih penting daripada segala-galanya dan dia cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak.
“Anak-anak gembira beraya di Kedah. Mereka mempunyai ramai sanak-saudara yang menyayangi mereka dan Farid ada bersama mereka,” katanya.
Kelmarin, kehadiran Farid bersama anak sulung mereka Muhammad dan ibu mentuanya untuk memberi sokongan kepada Diana Danielle, pada acara Toyota Gazoo Racing – Graduation Ceremory, yang diadakan di Litar Sepang Antarabangsa, menangkis dakwaan kononnya mereka tidak lagi sehaluan.
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel “Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle
Anda sekarang membaca artikel “Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/malas-nak-layan-spekulasi-netizen-diana.html
0 Response to "“Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle"
Posting Komentar