“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya

“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya
link : “Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya

Baca juga


“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya

Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing baru-baru ini menemui sesuatu yang amat mengejutkan di dalam keretanya selepas tergerak hatinya untuk meletakkan barang di tempat duduk belakang.

"Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam" - Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya

“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya

“Saya ke pasar raya, nak beli barang dan balik masak. Lepas beli barang, saya letak di tempat duduk belakang. Bila dah sampai rumah, masa nak ambil barang, mata saya terpandang pada poket tempat duduk dan terus beristighfar.

“Tersirap darah tengok sampah tin arak dibuang macam tu saja dalam kereta saya,” kata pemandu wanita ini yang meluahkan kekecewaannya di laman sosial, baru-baru ini.

Maria Ahmad, 43, ketika dihubungi mStar Online berkata, pada hari kejadian dia mengambil tiga penumpang warga asing berdekatan Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur untuk dihantar ke Kotaraya.

“Ada tiga penumpang, salah seorang daripada mereka membawa tin arak dan duduk di tempat duduk hadapan, manakala dua lagi duduk di belakang.

“Tetapi saya tak syak apa-apa kerana penumpang di hadapan membawa keluar tin arak yang dipegangnya apabila sampai ke destinasi,” katanya yang mula berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing sejak awal tahun ini.

Ibu tunggal kepada dua anak ini berkata, dia bersyukur kerana digerakkan hatinya meletakkan barang yang dibeli di tempat duduk belakang pada hari tersebut sehingga membawa kepada penemuan tin-tin minuman keras yang telah diminum kepunyaan penumpang.

“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Kalau tak, bila ambil penumpang lain pun saya tak akan tahu ada tin arak dalam kereta saya.

“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam. Isunya bukan saja sampah dibuang dalam kereta saya, tetapi sampah itu adalah tin arak,” katanya sambil menambah selain dua tin minuman arak, turut ditemui satu botol minuman berkarbonat.

Menurut Maria, dia selama ini mengambil pendekatan untuk tidak mengambil penumpang selepas pukul 10 malam bagi mengelakkan daripada membawa penumpang mabuk.

Namun tidak disangka insiden tersebut berlaku pada waktu siang menyebabkan dia lebih berhati-hati selepas ini kerana ketika kejadian berlaku dia mendakwa ketiga-tiga penumpang terbabit dalam keadaan mabuk.

Bagaimanapun dia tidak berani menegur keadaan penumpang ketika itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Selepas ini, saya akan menampal pelekat di tempat duduk sebagai peringatan kepada penumpang supaya tidak boleh makan atau minum di dalam kereta dan perlu menjaga kebersihan.

“Diharapkan semua penumpang yang mahu mengunakan perkhidmatan ini dapat menghormati pemandu seperti saya,” katanya sambil menambah bahawa laporan berhubung sikap penumpang terbabit telah dihantar kepada pengendali perkhidmatan itu.

Sumber: Mstar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya

Sekianlah artikel “Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/mesti-penumpang-akan-fikir-yang-bukan.html

0 Response to "“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam” – Wanita bengang penumpang warga asing tinggalkan tin arak di poket tempat duduk dalam keretanya"

Posting Komentar

wdcfawqafwef