MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD

MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD
link : MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD

Baca juga


MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD

KUALA LUMPUR: Sistem Transit Aliran Massa (MRT) menjadi penanda aras bagi semua perancangan masa depan pengangkutan awam yang mengambil kira keperluan kesalinghubungan serta peningkatan mutu kehidupan rakyat di negara ini.    

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara sejak enam tahun lepas bagi mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat, yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang harian kepada 1.1 juta hari ini.

"Tahun 2016 menyaksikan rangkaian pengangkutan awam darat 'Greater KL/Lembah Klang’ yang menerima pertambahan kapasiti ketara dengan pembinaan sambungan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembukaan Fasa 1 MRT laluan Sungai Bulong-Kajang (SBK) merangkumi 12 stesen.

“Pelaksanaan penuh Fasa 2 MRT laluan SBK pada 17 Julai lepas yang menyambung laluan dari Semantan ke Kajang mampu menampung 400,000 penumpang harian selain menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang ke arah mencapai perkongsian mod 40 peratus pada 2030,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata perkhidmatan MRT secara keseluruhannya mempunyai anggaran masa perjalanan selama 84 minit (dari hujung ke hujung) dengan kekerapan 3.5 minit pada waktu puncak pada jarak laluan sejauh 51 kilometer (km). 

“Perkhidmatan ini menyatupadukan tujuh stesen rel sedia ada serta berupaya menjimatkan masa perjalanan pengguna,” katanya.

Perkhidmatan itu menawarkan 14 stesen dilengkapi kemudahan parkir bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan bagi menggunakan perkhidmatan MRT selain dilengkapi dengan 300 bas perantara yang beroperasi dalam lingkungan jarak antara 5 hingga 7km daripada laluan MRT.

Mohd Azharuddin berkata projek MRT Laluan 2:Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan LRT Laluan 3 (LRT 3):Bandar Utama-Johan Setia pula dijangka memberi peluang kepada pembangunan berorientasikan transit (TOD).

“Projek TOD akan membantu kerajaan mendapat pulangan kepada pelaburan besar yang disalurkan bagi meningkatkan perkhidmatan rel dalam bandar yang bertujuan memenuhi keperluan pertumbuhan jangka masa panjang 'Greater KL/Lembah Klang',” katanya. 

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD

Sekianlah artikel MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/mrt-penanda-aras-perancangan-masa-depan.html

0 Response to "MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam - SPAD"

Posting Komentar

wdcfawqafwef