Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail

Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail
link : Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail

Baca juga


Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail

DEMI menjayakan watak dalam drama terbaharu Dendam Aurora, pelakon Ungku Ismail Aziz terpaksa melanggar prinsipnya tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram.

Ungku Ismail, 32, berkata, pantang itu dilanggar apabila dia melakukan beberapa adegan peluk dan bersentuhan dengan aktres gandingannya Nabila Huda bagi menjayakan drama yang diadaptasi dari sebuah karya Itali itu.

“Selama ini memang saya elakkan adegan peluk dan bersentuhan kerana bagi saya tidak perlu pun bersentuhan kerana memadailah sekadar menunjukkan kemesraan.

“Tapi untuk drama Dendam Aurora ini berbeza kerana ia susah sedikit dan ketika mendapat skrip, saya tahu ia perlu adegan yang intim.

“Jadi terpaksa jugalah, jika tidak, jalan cerita akan lari daripada cerita asalnya. Tapi, apa yang dilakonkan itu ada batasannya dan sesuai untuk tontonan masyarakat negara ini,” ujarnya .

Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, dia akan terus mengekalkan prinsip tersebut untuk drama yang akan datang.

Dalam pada itu, kata Ungku, dia juga sudah meminta izin daripada suami Nabila Huda untuk melakonkan babak berkenaan.

“Saya sudah minta izin dengan suami Nabila, dia juga faham tugas kami sebagai pelakon,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang keserasian dengan Nabila, Ungku Ismail berkata, mereka tidak perlu menimbulkan rasa cinta bagi membawakan watak pasangan.

“Keserasian dalam sesebuah drama adalah menerusi kerjasama dan bakat. Macam saya dan Nabila, kami sudah lama kenal dan mudah berbincang untuk melakonkan sesuatu adegan,” ujarnya.

Drama 100 episod ini diadaptasi daripada telenovela Tuscan Passion ini diarahkan oleh Feroz Kader dan Riza Baharudin.

Ia turut dilakonkan oleh barisan artis seperti Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Datuk Eizlan Yusof, Fezrul Khan dan Dian P  Ramlee.

Dendam Aurora akan mula bersiaran pada Isnin hingga Jumaat bermula 25 Julai ini pada pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

The post Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail

Sekianlah artikel Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/niat-enggan-sentuh-akhirnya-terpaksa.html

0 Response to "Niat Enggan Sentuh Akhirnya Terpaksa Peluk – Ungku Ismail"

Posting Komentar

wdcfawqafwef