Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid

Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid
link : Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid

Baca juga


Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan orang luar agar tidak masuk campur dan menganggu gugat kestabilan politik sedia ada di Bagan Datuk.

Ahmad Zahid, yang juga merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata ini berikutan kesan Pilihan Raya Umum pada dua penggal lepas yang telah membawa kepada tsunami politik kepada pengundi di bawah naungan Parlimennya itu.

Tegas beliau, beliau tidak membenarkan mana-mana pihak luar cuba memperdayakan penduduk di Bagan Datuk khususnya dalam tempoh untuk membangun sebagai sebuah daerah maju hari ini.

“Saya dengar mereka mahu datang, mahu jumpa….cukuplah, mereka dulu telah tipu kita, jangan tipu banyak kali, biar orang Bagan Datuk menentukan politik Bagan Datuk, kita tidak mahu orang luar masuk campur.

“Jangan dengar fitnah orang luar pasal Bagan Datuk, sebab kali ini masyarakat baik India, Cina dan Melayu mesti bersatu atas nama pembangunan dan kemajuan bumi Bagan Datuk secara keseluruhannya,”katanya dalam ucapan beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menghadiri Jamuan Mesra Hari Guru Anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datuk di SJK © Sin Min, Sungai Tiang, di sini pada malam Ahad.

Jelasnya, pelbagai perancangan strategik telah dirangka bagi menaikkan daerah Bagan Datuk sejak pemashurannya pada Januari lepas oleh Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Tambah beliau, antara perancangan tersebut termasuklah pembinaan lebuhraya, politeknik, kolej komuniti khusus bagi kepentingan semua bangsa dari pelbagai latar belakang di daerah tersebut.

Ahmad Zahid juga menafikan bahawa pelbagai bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada Bagan Datuk adalah berdasarkan kepentingan memenangi pilihan raya semata-mata sebaliknya berlandaskan kemajuan pendidikan anak-anak daerah tersebut.

“Kita mesti tunjuk, kita bersatu dengan kerajaan yang memerintah, khususnya pelbagai peruntukan telah diberikan oleh Perdana Menteri kepada kita selepas kita bercerai daripada daerah Hilir Perak,”katanya lagi.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM200,000 masing-masing kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT) dan sekolah kebangsaan (SK) bagi tujuan kelas tambahan di sekitar daerah Bagan Datuk.

Turut hadir, Pengerusi MCA Negeri Perak, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon dan dihadiri sekitar 2,000 penduduk dari sekitar Bagan Datuk.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid

Sekianlah artikel Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/orang-luar-usah-campur-tangan-politik.html

0 Response to "Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid"

Posting Komentar

wdcfawqafwef