Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai

Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai
link : Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai

Baca juga


Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai

LABUAN – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat SMK Mutiara di sini dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Taman Damai, Kampung Layangan di sini semalam (Ahad).

Mohd Shahrul Iskandar, 16, dikatakan sedang mandi bersama empat rakannya di pantai yang terkenal itu pada hujung minggu, apabila secara tiba-tiba kesemua mereka dipukul ombak besar kira-kira pukul 4 petang.

Empat rakannya Mohd Aiman B Sumardi, 12, Zul Azri Sufri, 12, Mohd Syafiq, 13, dan Khairuddin  Karim,14, berjaya berenang ke tepian, bagaimanapun Mohd Shahrul gagal berbuat demikian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota bomba, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari pelajar itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.23 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin turut meminta nelayan tempatan membantu dalam operasi SAR itu.

Usaha mencari Mohd  Shahrul yang berasal dari Kampung Sungai Labu masih diteruskan, namun setakat ini, dia belum dijumpai. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai

Sekianlah artikel Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/pelajar-hilang-dikhuatiri-lemas-di_16.html

0 Response to "Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai"

Posting Komentar

wdcfawqafwef