Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas

Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas
link : Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas

Baca juga


Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas

KUALA LUMPUR: Pelari terpantas negara Khairul Hafiz Jantan berpotensi mencipta sejarah menjadi atlet pecut negara pertama merangkul tiga pingat emas dalam acara riben biru itu pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos ini.

Prestasi memberangsangkan yang dipamer Khairul Hafiz, 18, sejak kebelakangan ini membuatkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim mula menaruh harapan untuk melihat atlet kelahiran Melaka itu membawa pulang pingat dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter.

Beliau berkata Khairul yang merupakan pemegang rekod 100m dan 200m kebangsaan mempunyai segala kemampuan untuk mengatasi pencapaian emas berganda yang dilakukan bekas jaguh pecut negara Nazmizan Muhammad sewaktu Sukan SEA 2003 di Vietnam.

"Sebelum ini kita pernah menang 100m dan 200m di Vietnam menerusi Nazmizan, tetapi tiada lagi yang pernah memenangi 100m, 200m dan 4x100m sekali gus. Itulah yang saya nantikan.

"Khairul mempunyai kemampuan untuk melakukannya dan jika diberi peluang, ia bakal menjadi satu sejarah yang amat manis buat dunia olahraga negara," katanya kepada Bernama pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sebelum ini Khairul Hafiz yang diberi jolokan 'The Speedy Jantan' telah menggegarkan dunia olahraga tempatan apabila mencatat masa 10.18s untuk memecahkan rekod 18 tahun 100m kebangsaan milik Watson Nyambek (10.30s) pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

Tidak terhenti setakat itu, pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94 yang berakhir Selasa lalu, beliau sekali lagi mempamerkan taring apabila merakam kepantasan 20.90s untuk meleburkan rekod berusia 49 tahun milik Tan Sri Dr M. Jegathesan (20.92s) yang dilakukan pada Sukan Olimpik 1968 Mexico.

Justeru, Karim berharap kepantasan yang dimiliki Khairul Hafiz dapat digunakan sebaik mungkin serta dijelmakan bagi membantu kuartet 4x100m negara pada temasya Sukan SEA KL.

Dalam pada itu, beliau berkata demi menaikkan moral barisan kontinjen olahraga negara menjelang temasya dwitahunan itu, KOM akan memberikan imbuhan kepada setiap atlet yang berjaya meraih kilauan pingat emas yang jumlah imbuhan belum diputuskan.

"Kita memang sudah berbincang dalam mesyuarat mengenai imbuhan ini dan kita hanya akan beri imbuhan tersebut kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas sahaja," tambah beliau.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas

Sekianlah artikel Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/peluang-terbaik-khairul-hafiz-cipta.html

0 Response to "Peluang terbaik Khairul Hafiz cipta sejarah rangkul 3 emas"

Posting Komentar

wdcfawqafwef