PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT

PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT
link : PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT

Baca juga


PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT

Penyakit Kencing Manis: Ubat Kencing Manis Dan Cara Merawat. Apakah ubat kencing manis yang paling berkesan dan mujarab?. Anda perlu faham fungsi ubat kencing manis sebenarnya bukan untuk memulihkan kencing manis. Penyakit kencing manis itu sendiri merupakan penyakit yang kronik iaitu penyakit yang berlaku secara berpanjangan. Punca utama yang menyebabkan penyakit ini adalah disebabkan 2 perkara. Pertama Insulin Resistance (insulin tidak berkesan) dan kedua Insulin Deficiency (kekurangan hormone insulin). Penyakit Kencing Manis Ubat Penyebab Dan Cara Merawat.

Cara merawat kencing manis ramai yang tidak tahu. Fungsi sebenar insulin adalah menurunkan paras gula dalam darah dengan cara membuka pintu pada bahagian sel-sel untuk membenarkan gula masuk terus ke dalam sel. Ini akan menurunkan paras gula dalam darah. Kebanyakan pesakit menghidap penyakit kencing manis disebabkan Insulin Resistan yang berlaku pada Diabetic Mellitus type ll (tahap kencing manis jenis ke-2).

Berat badan yang bertambah (Obese), ini menyebabkan berlakunya kerintangan pada insulin. Jadi, Insulin tidak dapat berfungsi dengan betul dan paras gula dalam darah masih banyak dalam darah.

Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang menghasilkan oleh sel kelenjar pankreas dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Tugas insulin menceraranakan glukos dalam darah dan bertindak glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Cara Merawat Penyakit Kencing Manis

Pengawai perubatan terlatih sering memberi nasihat kepada pesakit kencing manis, salah satu nasihat adalah mengurangkan berat badan dengan cara sihat iaitu bersenam mahupun diet. Apabila berat badan semakin menurun, maka insulin resistance akan terkawal. Insulin resistance terkawal, penyakit kencing manis pun akan terkawal.

Sebaliknya ada juga sesetengah pesakit tidak obese, tetapi mempunyai kencing manis. Puncanya mungkin disebabkan pada usia muda dia selalu mengambil makanan yang manis. Bila kita sering makan makanan yang manis, ini akan menyebabkan sel beta Langerhans di dalam pancreas ia menyebabkan “exhausted” pada jangka masa yang lama. Contoh, apabila kita semakin tua, sel-sel ini akan mati dan menyebabkan kadar penghasilan insulin sangat rendah. Pabila insulin rendah, maka gula tidak dapat diturunkan dengan begitu efektif. Ini juga akan menyebabkan kencing manis berlaku.

Ubat Kencing Manis

Pelbagai ubat kencing manis ada di pasaran tidak hairan lah satu jenis ubat mempunyai pelbagai fungsi. Ada menurunkan penghasilan gula dalam hati, ada jenis yang bertindak menambahkan penghasilan insulin daripada pancreas, ubat yang menghalang penyerapan gula dalam usus, ada yang jenis mengantikan insulin dalam badan dan sebagainya. Sebenarnya tiada ubat yang menyembuhkan penyakit itu sendiri.

Pernah terfikir selepas anda baca di atas kenapa perlu ambil ubat kalau tak mampu sembuhkan penyakit kencing manis, betul tak?. Jadi disini kami menerangkan supaya anda semua faham:

Penyakit kencing manis tidak boleh disembuh tetapi boleh dikawal
Ubat adalah untuk mengawal kencing manis sahaja
Ubat sebagai lesen untuk kita makan sesuka hati
Berat badan terlebih, nasihat kami turunkan berat badan hingga ke tahap yang normal. Ini supaya ‘insulin resistance’ dapat dipulihkan dan mengawal gula
Perlu ikut kawalan dalam makanan, senaman juga perlu
Perkara penting anda perlu tahu ubat-ubatan ini telah terbukti mengawal bacaan HbA1c. Secara ringkasnya HbA1c merupakan kawalan gula atau purata bacaan gula dalam darah selama 3 bulan. Ia terhasil apabila kita mengira glycated haemoglobin. Sel darah merah kita hidup selama 3 bulan, jadi disini kita dapat melihat purata glycated haemoglobin kawalan gula selama 3 bulan.
Makin tinggi HbA1c, makin mudah kita dapat peratusan komplikasi dari penyakit sebagai contohnya stroke, sakit jantung (CCF), buah pinggang rosak dan sebagainya.

Tujuan sebenar kita memberi ubat kencing manis supaya bacaan HbA1c ini menurun. Jika bacaan dapat diturunkan maka risiko untuk dapatkan komplikasi itu dapat dielakkan.

Ubat Kencing Manis Tidak Menyembuhkan, Tetapi Mengawal Kencing Manis

Kesimpulan di atas jika orang tanya kenapa perlu makan ubat kencing manis tapi bukan untuk menyembuhkan. Jawapan nya, ubat ini untuk kawal kencing manis dari komplikasi yang lebih teruk lagi.

Oh! Masalah… masalah kencing manis sudah selesai. Terima kasih sudi membaca info manfaat ini semoga ia memberi manfaat pada pembaca disini. Insya-Allah next artikel masalah anda akan kami kumpaskan.

sumber : http://ift.tt/2vGxSWY


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT

Sekianlah artikel PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/penyakit-kencing-manis-ubat-dan-cara.html

0 Response to "PENYAKIT KENCING MANIS UBAT DAN CARA MERAWAT"

Posting Komentar

wdcfawqafwef