Judul : Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Super Power! Lindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman
link : Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Super Power! Lindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman
Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Super Power! Lindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman
Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Super Power! Lindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman
Serangan makhluk perosak seperti ulat, belalang malah bena putih antara ancaman pokok cili yang diusahakan secara besar-besaran. Semburan racun organik dari bawang putih dan daun semambu antara alternatif yang pengusaha boleh praktikkan untuk lindungi hasil tanaman.
Ini perkongsian daripada Nur Amirul Nur Azmi cara menghasilkan racun organik Bawang Putih dan Daun Semambu.
Kaedah: Double Boiling
Caranya Buat Racun Organik Bawang Putih
1. Ambil 200 gram bawang putih kisar dengan 500 ml minyak masak.
2. Hasil kisar tadi, masak menggunakan kaedah double boiling dengan api perlahan.
3. Anggaran masa memasak, antara 2 ke 3 jam.
Cara Buat Racun Organik Daun Semambu
1. Ambil 200 gram daun semambu dan kisar dengan 500 ml minyak masak.
2. Hasil kisar tadi, masak menggunakan kaedah double boiling dengan api perlahan.
3. Tambahkan 2 sudu cengkih.
4. Anggaran masa memasak, antara 2 ke 3 jam.
Cara Buat Racun Organik Bawang Putih+Cili Padi
Klik untuk baca selanjutnya
Aturannya
Ambil 20 ml racun pilihan untuk 20 liter air.
Tambahkan 20 ml sabun basuh baju.
Kacau sebati
Sembur bawah dan atas daun.
Apa Itu Kaedah Double Boiling
Ambil 1 periuk leper dan letak di atas periuk yang bersaiz besar yang diisi air. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan sampai adunan tadi jadi sebati.
Kaedah ini yang biasa digunakan untuk mencairkan coklat.
Baca Ini
"Racun yang selalu saya guna untuk perlindungan pokok cili saya adalah dari semambu dan bawang putih sahaja. Buat sendiri aje. Masa proses pun nak muntah dibuatnye sebab bau dia yang memeningkan.
"Selama 5 bulan hasil tanaman saya cuma sekali sahaja saya pakai racun kimia. Tu pun racun kulat. Setakat ini performance semambu dan bawang putih tak mengecewakan.”
Buat pengusaha cili mahupun suri yang mengusahakan pokok cili secara sambilan itu, Jika sebelum ini, racun organik bawang putih dan cili kurang berkesan, apa kata cuba pula racun organik bawang putih dan daun semambu.
Sumber/Foto: FB Nur Amirul Nur Azmi (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri) via Mingguan Wanita
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Super Power! Lindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman
Anda sekarang membaca artikel Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Super Power! Lindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/racun-organik-bawang-putih-daun-semambu.html
0 Response to "Racun Organik Bawang Putih & Daun Semambu Super Power! Lindungi Pokok Cili Dari Perosak Tanaman"
Posting Komentar