Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali

Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali
link : Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali

Baca juga


Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali

SUATU ketika dahulu, dia antara aktor yang pernah mendapat tempat di hati peminat.

Namun seiring perkembangan industri seni kini, nama Syed Ali seolah-olah semakin dilupakan peminat.

Bahkan kontroversi dan cerita negatif yang pernah hinggap dan hilang bagai di bawa angin lalu tanpa penjelasan dilihat menenggelamkan lagi nama aktor berusia 30 tahun ini di dalam industri seni.

Syed Ali atau nama penuhnya Syed Ali Syed Mokhtar mengakui terasa ‘dianaktirikan’ oleh mereka yang berada di dalam industri seni sendiri.

Katanya, kecenderungan penerbit dan penaja yang memilih aktor berwajah jambu dan muda membuatkan pelakon sepertinya terpinggir.

“Pernah nama saya diuar-uarkan menerajui sebuah filem tetapi disebabkan saya tak ramai pengikut di laman sosial, saya disingkirkan. Ralat juga dengan trend tak sihat ini tapi nak buat macam mana kalau itu jadi ukuran.

“Cuma pelakon macam saya, saya tak jual muka, saya hanya jual bakat yang ada,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Kerja Kahwin baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya bekerja dengan pelakon baru, Syed Ali berkata, menerusi beberapa pemerhatian dan pengalaman, dia melihat banyak pelakon baru datang ke set dalam keadaan tidak bersedia.

“Pernah saya dipasangkan dengan pelakon baru, tapi dia tidak memberi. Bukan nak kata saya bagus dan mereka tak bagus, tapi bagi saya mereka datang hanya untuk menghabiskan dialog.

“Kadang-kadang feel sebagai pasangan bercinta pun tak rasa. Mungkin sebab mereka popular dan banyak job, jadi sukar fokus ,” ujarnya.

Syed Ali berkata, dia tidak ada masalah untuk melakonkan drama yang mengikut trend masa kini, lebih-lebih lagi drama adaptasi, namun peluang itu tidak datang dan lebih kepada drama aksi atau heavy,

Dia juga mengakui sukar mendapat tawaran drama romantis kerana ada yang menganggap wajahnya tidak sesuai dengan watak begitu.

“Saya pun tak pandai sangat bercinta. Tapi sebagai pelakon saya lihat tawaran yang datang itu sebagai satu tanggungjawab dan jika ada tawaran seperti itu, saya sedia untuk menerima cabaran itu,” jelasnya yang kini sibuk menguruskan perniagaan sabun jenama Be Fresh.

Berkongsi perkembangan terkininya, Syed Ali berkata, dia kini muncul menerusi drama komedi Ahmad Rukun selain terlibat dengan promosi filem Kerja Kahwin.

Tambahnya, filem ini mengingatkannya kepada persiapan perkahwinan abangnya yang diraikan secara tradisional.

“Sekarang ini, sukar untuk kita terlibat dengan majlis perkahwinan mengikut adat. Orang kini sudah mula terarah pada majlis perkahwinan yang lebih moden

Justeru, pelakon ini mahu peminat filem Kerja Kahwin ini kerana ia memaparkan persiapan untuk mengadakan kenduri satu demi satu secara bergotong royong dari mula hingga akhir.

Filem Kerja Kahwin berkisarkan Farah yang sedang melakukan persiapan melangsungkan perkahwinan. Menariknya, semua persediaan dilakukan secara tradisional.

Selain Syed Ali, filem ini turut dilakonkan Janna Nick, Datuk Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Syed Ali dan ramai lagi, akan menemui penonton di pawagam bermula 20 Julai ini.

The post Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali

Sekianlah artikel Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/rasa-dianaktirikan-pernah-disingkir.html

0 Response to "Rasa dianaktirikan, pernah disingkir – Syed Ali"

Posting Komentar

wdcfawqafwef