Judul : Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah Perasaan
link : Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah Perasaan
Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah Perasaan
Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah PerasaanSusulan mengenyit mata dan melambai ke arah kamera dalam satu laporan berita TV3 semasa menghadiri Hari Peneroka Felda 2017, gadis ini viral!
Menerusi laporan Harian Metro, Norsuziyana mengakui disuruh oleh jurugambar untuk membuat muka ‘cute’, senyum dan pandang pada kamera. Aksi comelnya itu bagaimanapun berjaya menarik perhatian netizen.
Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah PerasaanDakwa Norsuziyana rentetan daripada video viral tersebut, dia menerima banyak komen negatif daripada orang ramai.
Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya sudah memalukannya?
Ibu jawab, ‘tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar.’
Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan.
Tambah Suziyana kehadirannya ke majlis tersebut sekadar mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak menemani ibu.
Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik.
Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia.
Sejujurnya saya tak pernah alami situasi macam ini. Orang di luar tak kenal saya, tapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya kenal saya macam mana.
Sumber : Harian Metro
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah Perasaan
Anda sekarang membaca artikel Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah Perasaan dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/saya-menangis-baca-komen-negatif-gadis.html
0 Response to "Saya Menangis Baca Komen Negatif – Gadis ‘Kenyit Mata’ Luah Perasaan"
Posting Komentar