Judul : Sedekah nasi kukus berlauk ayam
link : Sedekah nasi kukus berlauk ayam
Sedekah nasi kukus berlauk ayam
ORANG ramai beratur sepanjang lebih 20 meter di tepi jalan dekat Kebun Sultan, Kota Bharu, sejak petang bagi mendapatkan nasi kukus percuma, hari ini.
Ada yang sudah beratur sejak 4 petang walaupun hidang percuma itu hanya diagihkan mulai 8.30 malam, berikutan jumlah nasi berlauk ayam goreng itu terhad kepada 1,000 bungkus.
Turut disediakan percuma ialah adalah air batu campur (ABC), sirap selasih dan air sarsi.
MOHD Kamal dan pembantunya menyediakan ayam goreng dan nasi untuk hidangan percuma hari ini. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
Pengusaha kedai makan Warisan Nasi Kukus, Mohd Kamal Ahmad Zukhi, 40, berkata dia sudah lama berhajat menyedekahkan nasi kukus kepada orang ramai.
"Hari ini, sempena Aidilfitri yang masih belum berakhir, saya buat 'kedai terbuka' dengan agihkan nasi kukus percuma kepada orang ramai.
"Saya mahu berkongsi rezeki namun, seorang terhad dua bungkus sahaja.
"Sebanyak 150 ayam dan hampir 100 kilogram beras digunakan untuk hari istimewa ini," katanya yang berniaga sejak 15 tahun lalu, dan ini kali pertama berbuat demikian.
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sedekah nasi kukus berlauk ayam
Anda sekarang membaca artikel Sedekah nasi kukus berlauk ayam dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/sedekah-nasi-kukus-berlauk-ayam.html
0 Response to "Sedekah nasi kukus berlauk ayam"
Posting Komentar