Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani

Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani
link : Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani

Baca juga


Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani

KUALA LUMPUR – Sebanyak 697 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh  2010 hingga 2016 dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi pada 157 kes, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia,  negeri lain yang merekodkan kes tertinggi ialah  Sabah dan Johor dengan masing-masing  84 kes, diikuti Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).

Beliau berkata sebanyak 91 kes dicatatkan pada 2010;  98 kes pada 2011 dan menurun kepada 89 kes pada 2012.

“Jumlah kes meningkat semula pada 2013, 2014, 2015 dan 2016 iaitu masing-masing 90 kes, 103 kes, 111 kes dan 115 kes,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada sesi pertanyaan jawab lisan.

Menjawab soalan tambahan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput), Rohani berkata sebanyak 35 bayi ditinggalkan di fasiliti ‘baby hatch’ sepanjang tempoh sama.

Mengenai  isu kerakyatan bayi yang terdampar atau ditinggalkan di fasiliti itu,   Rohani berkata pemberian kerakyatan tertakluk kepada Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun katanya kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  sentiasa memastikan kebajikan bayi terbabit terbela  dengan menempatkan mereka di institusi JKM atau keluarga pelihara sebelum membantu dalam proses permohonan kerakyatan.

“Ini termasuk menguruskan terlebih dahulu permohonan Daftar Lewat Kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara bagi kanak-kanak yang ditinggalkan dan belum memperoleh sijil kelahiran selain menguruskan permohonan kewarganegaraan kanak-kanak yang belum ditentukan kewarganegaraan dengan memanjangkan permohonan kepada KDN,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani

Sekianlah artikel Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/selangor-catat-kes-tertinggi-buang-bayi_25.html

0 Response to "Selangor Catat Kes Tertinggi Buang Bayi – Rohani"

Posting Komentar

wdcfawqafwef