SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA

SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA
link : SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA

Baca juga


SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Banduan dibebaskan selepas dipenjara 44 tahun terkejut beruk dengan perubahan dunia luar. Lelaki ini menyangka sesiapa sahaja memakai earphone adalah perisik CIA. Berikut adalah sedikit maklumat ringkas mengenai Otis Johnson :

Loading...

TIPS KESIHATAN

Dipenjarakan ketika berumur 25 tahun kerana cubaan membunuh anggota polis.
Selepas 44 tahun, beliau telah dibebaskan dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar
Beliau keliru dengan orang yang seperti bercakap dengan diri sendiri menggunakan iPhone
Pilihan yang ada di kedai runcit dan pasaraya juga agak memeningkan.
Beliau berkata dia tidak berdendam kerana dipenjarakan dan ingin fokus pada hidup baru.

2eceb40c00000578 3333953 image m 40 1448481267443

Seorang lelaki yang dipenjarakan pada 1970-an berkongsi cerita mengenai beliau yang cuba bergaul semula dengan masyarakat setelah dipenjara selama 44 tahun. Otis Johnson berumur 25 tahun ketika dia dipenjarakan akibat cubaan membunuh seorang anggota polis dan telah dibebaskan pada musim panas 2014 ketika beliau berumur 69 tahun. Lelaki ini ditemuramah oleh Al Jazeera English dan dirakam oleh kamera cctv di sekitar New York, dimana beliau perlu berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan banyak perkara terutama perkara harian.

2eceb42000000578 3333953 image m 32 1448481088582
Bebas : Otis Johnson dibebaskan dari penjara pada musim panas 2014 ketika berumur 69 tahun.

untitled
Kembali kepada masyarakat : Lelaki berumur ini dengan segera ke Times Square dan berkata beliau suka melihat orang ramai

2eceb41800000578 3333953 image m 34 1448481130009 961
Masa untuk berubah : Teknologi sangat berbeza ketika Otis baru dipenjarakan pada awal 70-an

Sepanjang 44 tahun di penjara, dunia luar telah banyak berubah, dan dia tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak 1998. Mengimbas kembali, dia mempunyai kenangan manis dengan orang tersayang dan juga memberitahu bahawa dia seorang yang penyayang terhadap kanak-kanak.

“Ia sangat merunsingkan saya kerana saya sangat merindui keluarga saya,” katanya.

Ketika dibebaskan, dia diberikan kad pengenalannya, duit sebanyak $40 dan 2 tiket bas. Dia memberitahu yang dia sangat keseorangan, tetapi bernasib baik kerana menemui Fortune Society, non-profit organization di Harlem, yang memberikannya tempat tinggal dan bantuan lain. Dia bermalam di situ, dan akan pulang pada 9 malam, dan menghabiskan hari siangnya menghadiri majlis keagamaan, bermeditasi dan berlatih tai-chi.

“Penjara banyak memberi kesan kepada saya,” katanya. “Untuk menyesuaikan diri pada mulanya sangat sukar, kerana segalanya sudah berubah,”.

Selepas dibebaskan, dia mengalamai kejutan budaya ketika menaiki kereta bawah tanah untuk ke Times Square di tengah bandar Manhattan. Ketika cuba untuk menggunakan telefon awam, Otis terkejut kerana harga telefon awam telah naik dari 25 sen kepada 1 dollar untuk panggilan 4 minit. Kemudian, dia menyedari yang semua orang tidak lagi menggunakan telefon awam, tetapi untuk memahami situasi ini mengambil masa baginya.

Walaupun teknologi seolah-olah menjadi perubahan yang terbesar, perubahan kecil seperti perkara harian telah membuatkan beliau lebih hairan.

“Saya melihat kebanyakkan orang, seolah-olah bercakap dengan diri sendiri, tetapi apabila diteliti dengan lebih dekat, mereka seolah-olah meletakkan sesuatu di telinga mereka,”

Beliau sukar untuk menerangkan apa itu “earphones” lalu berkata “Saya ingat, dalam otak saya, semua orang, jadi perisik CIA atau agen-agen. Kerana itu sahaja yang terlinta dalam fikiran saya apabila melihat mereka berjalan dengan memakai wire ke telinga mereka,”. Lebih memeranjatkan dia apabila semua orang seperti terlalu asyik dengan teknologi yang membuatkan mereka tidak lagi memandang sekeliling. “Sesetengah orang tidak lagi melihat ke mana mereka hendak pergi, jadi saya cuba fikir bagaimana mereka melakukanya, berjalan dan bercakap telefon tanpa melihat kemana mereka pergi,” katanya.

2eceb42400000578 3333953 image m 39 1448481236337
Dia beranggapan semua memakai earphones adalah perisik CIA.

2eceb41c00000578 3333953 image m 37 1448481205254
Sedih tidak lagi berhubung dengan keluarga kerana dia sangat merindui mereka

2eceb42800000578 3333953 image m 38 1448481223634
Terkejut mengetahui kadar panggilan untuk 4 minit telah naik dari 25sen kepada 1 dollar

“Saya makan makanan yang berbeza sekarang, kerana saya teruja melihat semua benda pelik yang ada di luar. Jadi saya mencuba semuanya,” katanya, sambil berjalan di pasaraya dengan teruja dan gembira melihat makanan dan produk yang asing baginya. Dia memberitahu dengan jelas mencuba “funny dinners” dan “minuman berwarna” – dan hanya mencuba air berwarna tersebut kerana kelihatan lucu dengan warna yang terang.

“Terdapat begitu banyak benda yang anda boleh dimakan, jadi ia adalah satu pilihan yang sukar untuk memilih makanan yang anda mahu. Sebagai contoh, mentega kacang. Terdapat jeli di dalamnya. Dan saya tidak pernah melihat apa-apa seperti itu sebelum ini,” katanya, yang menjelaskan bagaimana kedua-dua mentega kacang dan jeli berada bersama-sama dalam balang yang sama.

Walaupun dia kehilangan berpuluh tahun kebebasan, Otis tidak bersedih. Beliau menikmati apa yang masih boleh dinikmati, mendengar perbualan keluarga lain ketika di dalam bas dan hanya memerhatikan orang yang lalu-lalang. “Saya sudah biasa menjadi diri sendiri,” katanya. “Berada di kalangan masyarakat adalah satu perasaan yang gembira,”. Daripada hidup dengan kekesalan, dia sedang cuba untuk hidup dengan baik, dan merancang untuk membuka tempat perlindungan walaupun beliau tidak mempunyai dana.

“Kita perlu melepaskan rasa marah kerana memendam kemarahan hanya akan membantutkan pertumbuhan dan pembangunan diri,” terangnya. “Saya tidak merasakan masyarakat berhutang apa-apa dengan saya. Saya percaya semua benda terjadi bersebab. Jadi, saya lepaskannya, dan hanya fokus pada masa depan. Saya cuba untuk tidak berpatah balik, dan akan ke depan. Itulah cara saya bertahan di dalam masyarakat.

Kongsikan Artikel Ini!!

shares


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA

Sekianlah artikel SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/selepas-dipenjarakan-selama-44-tahun.html

0 Response to "SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA"

Posting Komentar

wdcfawqafwef