MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!!

MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!!
link : MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!!

Baca juga


MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!!

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Mak Panggil Plumber Betul Paip Rumah. Apa Yg Ditemui Kt Siling Buat Kami Semua SERAM !!! | Keluarga aku merupakan keluarga yang sederhana. Dulu, papa pernah ada 1 business. Bukan business kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Cukup untuk tampung hidup kami sekeluarga. Namun, pada mata orang sekeliling, MUNGKIN zahirnya, keluarga aku seolah-olah senang-lenang. Konon tidur berbantalkan emas. MUNGKIN.

Loading...

TIPS KESIHATAN

1

Aku rasa, kisah hidup keluarga aku ni, dah sangat sebati dengan masyarakat melayu. Penuh Hasad Dengki. (PHD) Kawan yang papa tolong, waktu dia susah, dibuang keluarga & papa ambil dia kerja dengan business papa, mulai hanyut.

Masalahnya, dia tarik papa hanyut sekali!! Kami sekeluarga terkontang-kanting. Keadaan kat rumah terbiar. Mama & papa sakan bergaduh. Sampailah 1 saat, aku tengok, mama makin lesu. Kusut. Mama tak macam yang aku kenali! Sangkaan awalku, mungkin depression. Aku yang jaga mak aku, sedih! Mama tak kenal kami siapa; anak yang dikendongnya dulu! Mama mulai sakit teruk, yang doktor sendiri tak tahu apa puncanya. Aku pun buntu.

Bila berlarutan, saudara dekatku suruh berubat dengan ustaz. Bukan satu. Banyak! katanya sihir. Bertahun juga. Bila aku masuk boarding school, mama tak cerita sangat apa yang berlaku. Katanya, semua baik-baik aje. Bila aku asasi, masa tu, business papa tu stable. Boleh nak tanggung aku dengan abang aku study kat universiti.

Alhamdulillah lah masa tu, lancar je rasa hidup. Macam mimpi je, hidup selesa. Rupanya, memang mimpi aje! Setahun dua lepas tu, semua start berubah. Asal ramai-ramai berkumpul je kat rumah, kalau bertembung, bercakap je, mesti ade yang gaduh! Gaduh ni bukan gaduh manja, lempang-lempang pipi, sendeng-sendeng bahu ye! Ni gaduh yang bertumbuk, tendang sampai terlentang. Ade sampai tahap gaduh dengan pisau! Bila bergaduh, masing-masing tak ingat pape. Macam kena rasuk. Bila dah lerai, bingung! Mama menangis je tengok semua ni jadi, sesama anak-anak & papa.

Dekat rumah, rasa panas je semua. Aku pulak, tinggal dekat rumah sewa. tingkat 4. Bilik aku ada sliding door & aku ada sorang room mate. Kitorang memang jenis suka buka sliding door seluas alam. Malaysia panas kot! ada berapa kali, aku tidur, tiba-tiba aku terkejut! ada benda terbang atas aku! Tengok-tengok, PELESIT bertenggek kat kepala katil, atas kepala aku! Nasiblah room mate aku gagah, tolong bunuhkan. Dia kata macam benda tak elok ni.

Room mate aku ni suka dinner pastu study kat luar terus tau. Ada 1 malam tu, room mate aku keluar macam biasa. Aku lepas maghrib, tidur jap. Bangun-bangun, tengok katil sebelah tu ade kawan aku. Tapi, EHH!! bukan ke minah ni keluar tadi, kata nak study luar. Dah lah baring kaku, tangan atas pusat, macam tengah solat. Aku pun ape lagi. Tegur lah dia! Kot ada problem ke,kan.

“Minah! (bukan nama sebenar) kau bukan keluar ke tadi? Awal nau balik!”. Pastu, dia boleh toleh pusing kepala dia je pandang aku, tenung aku je tak cakap ape ape. Kelip pun tak. Eh! Dia ni! Pastu aku cakap lah, “kau tak jadi keluar eh? Kau dah kenapa baring camtu, pandang aku camtu?”. tapi dia buat dek je! cisss! Aku pun “takpe lah kalau kau senyap je. aku ngantuk!” dia duk tenung je aku tapi aku malas layan.

Tiba-tiba aku terbangun sebab si kawan aku ni buka pintu bilik, nyanyi happy semacam. Aku mamai, duk tanya dia. “Eh minah! happy dah? tadi kau baring senyap je. Ade problem ke? Kejapnye keluar”. Kawan aku blur, duk cakap, “aku baru baliklah ni! kau ni mengigau ni! Aku siap lambai-lambai lagi”. Pastu, dah duk argue, bila rasa macam eh. eh. Hmmm, bayang jelah ye apa aku rasa.

Aku memang jenis malas sikit nak dinner luar. Aku punya katil memang menghadap sliding door. Ada satu malam tu, aku study atas katil, guna meja study kecik tu. Pastu aku rasa semacam. Aku dongaklah pandang depan. Ah sudah! Elok je kat depang sliding door tu, tengah duk tenung aku, satu lembaga ni, besar gak lah, dengan rambut mengurai, Cik Ponti. Aku dah nampak,aku buat bodoh. Sebab terkejut sangat. Tergamam. dia pun duk tenung aku kat sliding door tu je. Ada dalam 10 langkah. Sebelah aku ada Quran. Sebab tu kot dia tak masuk. Aku duk baca macam-macam dah dalam hati. Benda ni jadi few times. Aku balik, cerita kat mak aku. Sebab macam-macam jadi bulan tu.

Rupanya, balik rumah, lagi aku tak tenteram. Aku ni, selalu boleh rasa kalau benda-benda gitu ada dekat. Rumah aku, ceiling tu kayu-kayu sikit. Bila pukul 9 malam, start lah aku tak tenteram. Bila paling je family aku masuk bilik kejap, terus tiba-tiba ada bunyi macam ada benda lompat atas bumbung. Pastu bunyi cakar. Aku ni punya lah optimistic. Ape lah si kucing nak malam-malam. Tapi bunyi kuat. Lepas tu, ada bunyi macam benda melingkar. Macam U**r. Tapi bunyi melingkar tu kuat nau. Aku pelik lagi. Banyak nau binatang atas bumbung hmm. Tiba-tiba bunyi guli jatuh atas bumbung. Dah main guli, tiba-tiba macam ada orang hentak-hentak. Tiba-tiba lagi macam bunyi tapak kaki budak-budak duk main kejar-kejar. Banyak betul tiba-tiba. Banyak bunyi. Bila family aku keluar dari bilik, senyap balik. cisss.

Ada sekali tu aku dengan adik aku tengah tengok TV, sebelah TV, ada tingkap. Aku cakap kat adik aku. “Eh dik! Ada orang datang ke?” Dia tanya siapa? “tu kat tingkap tu. badan macam tegap, tinggi. Duk tercongok je perhati kita.” Dia duk nafi tak nampak ape. Tapi memang sumpah, ada je. Banyak kali gak. Kat pintu lah, tingkap lah. Tapi aku stress sebab aku sorang je yang nampak.

Kadang-kadang, abang aku bawak kawan-kawan dia datang rumah. Kawan-kawan dia pulak yang jenis boleh nampak. Masing-masing cuak. “weh! rumah kau ni ada macam-macam. Pergi berubat lah!” “weh! ada benda atas bumbung kau!” “weh! ada Cik ponti atas bumbung rumah kau!” “weh! ada lembaga!”

Masa tu makin rancak. Aku keluar, kadang-kadang aku rasa benda tu ada ikut. Aku cakap kat kawan aku. “Weh. kau rasa kau berani tak? Ada benda ikut kita ni. Dia berdiri sebelah kau” Haaa tak berani rupanya dia.

Family aku pun kat rumah makin panas. Ade je nak berbalah. Taktau punca pun. Pantang cakap, bertekak. Macam nak lari je. Macam pecah belah habis. Penat weh penat! Tak lama pastu, aku asyik sakit-sakit. Sampai ada sekali dalam lecture hall, sakit perut sangat2. Pergi toilet, berak berdarah. Fresh, banyak. Sakit ya amat! Time puasa pulak tu. Dah berubat, refer doktor pakar macam-macam. Macam-macam dah procedure buat. Last-last taktahu punca. Try berubat cara Islam pulak, semua ustaz cakap, sakit aku ni, sebab buatan orang. Orang-orang tu hantar sebab nak family aku pecah-belah, nak parents aku bercerai, hidup susah. Tapi menda ni memang paling teruk akan kena, aku.

Aku pulak anak perempuan tunggal. Mula-mula aku tak percaya. tapi lepas jumpa macam-macam doktor taktahu punca, aku redha lah. Ada 1 hari tu, mak aku panggil plumber. Suruh betulkan paip & dia nak panjat bumbung. Dia panjat masuk ikut ceiling tu. Lepas tu dia tanya mak aku, “kenapa akak letak batu nisan dengan kain kuning kat atas ni?” Ahah. Seram kejap. Ustaz kata, ramai orang yang dengki. Ada orang hantar macam-macam kat family aku. Orang tu tak lain tak bukan, kawan papa tu.

Memang macam-macam dia buat, sampai lah business papa lingkup, dia sapu semua. Family aku jatuh tersungkur. Lagi susah dari dulu. Semua harta kena tarik. Semua kereta kena tarik sekelip mata. Aku hampir-hampir nak quit degree sebab time tu pun tak dapat MARA lagi. Sekarang ni, dah bertahun jugak kitorang suffer. Ni, kitorang baru je nak rasa bernafas tenang. Hidup tenang. Tak senang pun macam dulu tapi hidup ala kadar. Boleh lah happy ending kan?! tettttt salah!

Sekarang ni, dah berminggu jugak, aku dah start rasa lain macam. Aku rasa, aku perasan kat dalam rumah, ada menda yang follow aku. Menda hitam tinggi sikir dari aku, duk diri belakang aku bila aku masak sorang-sorang. Bila pusing takde pun. Mimpi bukan-bukan pasal family aku. Adik aku pun mimpi pelik. Minggu lepas, mak aku takut sebab bahagain ari-ari dia rasa bergetar kuat. Sakit sangat. Dah check semua takde pape pun. Bila google, ada orang kata, tanda-tanda nak mati. Aku ignore je sebab tak semua yang google tu sahih kan. Tapi, hari tu, dalam pukul 1 pagi, ada benda sebelah telinga kiri mak aku. masuk ikut telinga. Bedesuppp masuk!

Pastu dia lately terbangun sebab dengar ada menda atas bumbung & bunyi kucing cakar, kuat sangat! Aku pun tak tenteram gak, dah start kena kacau lately. Semalam, pukul 9 malam, tepat, dah start dah. Bunyi kuat. Melompat atas bumbung, cakar-cakar kuat gila. Macam dulu. Memang semalam, aku tidur bertemankan ayat-ayat Ruqyah, aku play kat youtube sampai subuh, letak sebelah telinga. Mama terus whatsapp tanya ustaz, ustaz reply pendek je. “tu syaitan”. Ustaz kata, ada orang hantar benda-benda lagi. Target kali ni, mama. Nak BUNUH mama! orang tu, orang terdekat.

Sebab taknak kitorang hidup senang! Asthaghfirullah! Serious, family aku tak senang pun. Setakat mampu nak bayar hutang je sekarang ni. Tunggu jelah malam ni, tepat pukul 9. Replay ayat-ayat Ruqyah aje lah. Persoalannnya, yang aniaya family aku ni, orang terdekat dengan parents aku. Dorang tu jauh lagi senang dari family aku. Kereta harga ratus ribu boleh tukar-tukar. Banyak pulak tu. Tolonglah doakan keselamatan family aku. Aku nak keluarga aku bebas dari mainan dengki manusia & sihir. Aku masih perlukan family aku! Aku tak punya harta. Family aku jelah harta yang aku ada. – Nora via IIUM.

Kongsikan Artikel Ini!!

shares


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!!

Sekianlah artikel MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!! dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/mak-panggil-plumber-betul-paip-rumah.html

0 Response to "MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH. APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM !!!"

Posting Komentar

wdcfawqafwef