Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan

Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan
link : Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan

Baca juga


Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan

image.jpg

Kesan tatu yang dicacah pada badan ahli kongsi gelap Geng 36 yang ditahan dalam Ops Cantas Khas Polis Perak, semalam.

SHAH ALAM – Semua anggota dan pegawai polis akan dikenakan tindakan tegas sekiranya tidak membuang tatu di badan dalam tempoh sebulan lapor Sinar Harian.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 21 Jun lalu, telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua anggota dan pegawai di seluruh negara.

Bagi yang bertatu perlu mengisytiharkan tatu mereka sebelum 21 Julai ini dan tatu yang tidak dibenarkan perlu dibersihkan sebelum tarikh berkenaan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Abdul Ghafar Rajab ketika memberitahu Oriental Daily, semua anggota dan pegawai polis perlu mematuhi arahan tersebut tanpa sebarang pengecualian.

Pasukan polis ialah pasukan berdisiplin dan uniform, kecuali dalam keadaan tertentu. Kami sama sekali tidak membenarkan anggota bertatu atau ia mudah menyebabkan orang ramai salah faham.

“Orang ramai yang berminat menyertai pasukan polis juga perlu membuang tatu mereka sebelum menjalani temu duga,” katanya.

Berdasarkan garis panduan terbaru, semua anggota dan pegawai polis beragama Islam dilarang sama sekali bertatu, manakala mereka yang bukan Islam, termasuk Orang Asli dibenarkan bertatu berdasarkan keperluan agama, budaya dan kepercayaan.

Beliau berkata, anggota dan pegawai polis bukan Islam hanya boleh mencacah tatu selepas mengisi borang pengisytiharan berserta alasan berbuat demikian dan mendapat kelulusan pentadbiran polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias dilaporkan berkata, Bukit Aman melarang anggota polis mencacah tatu atau tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar arahan berkenaan.

Katanya, mencacah tatu bertentangan dengan polis yang merupakan pasukan beruniform dan menyebabkan kecacatan dalam keseragaman pasukan keselamatan itu.

Ketika ini, Taiwan, United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel tidak membenarkan pegawai penguat kuasa mencacah tatu.-Pen Merah Press

Sumber: penmerahpress


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan

Sekianlah artikel Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/semua-anggota-dan-pegawai-polis-akan.html

0 Response to "Semua Anggota Dan Pegawai Polis Akan Dikenakan Tindakan Tegas Sekiranya Tidak Membuang Tatu Di Badan Dalam Tempoh Sebulan"

Posting Komentar

wdcfawqafwef