Judul : SJKT Kekurangan Guru Subjek Bukan Teras
link : SJKT Kekurangan Guru Subjek Bukan Teras
SJKT Kekurangan Guru Subjek Bukan Teras
SEPANG – Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT) kini mengalami masalah kekurangan guru subjek bukan teras seperti muzik dan seni.
Ini katanya membantutkan usaha kerajaan menjadikan sistem pendidikan lebih holistik.
Masalah ini mungkin berpunca daripada sistem latihan perguruan dengan kebanyakan bakal guru memilih subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Sains dan Matematik, berbanding subjek elektif, katanya.
Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian ketika merasmikan wajah baharu SJKT Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini, selepas dinaik taraf dengan kos
RM250,000, melibatkan penambahbaikan bilik pendidikan seni, bilik pendidikan moden dan dewan yang boleh memuatkan 200 murid.
Proses penambahbaikan sekolah yang mempunyai 323 murid dan 28 guru itu bermula pada 2015.
“Selain tenaga pengajar yang mencukupi, keupayaan dalam menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap juga merupakan aspek penting dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang dan berkualiti,” kata Dr Subramaniam. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel SJKT Kekurangan Guru Subjek Bukan Teras
Anda sekarang membaca artikel SJKT Kekurangan Guru Subjek Bukan Teras dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/sjkt-kekurangan-guru-subjek-bukan-teras_17.html
0 Response to "SJKT Kekurangan Guru Subjek Bukan Teras"
Posting Komentar