Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu

Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu
link : Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu

Baca juga


Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami puteri tunggal baginda, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim yang bercakap kepada Royal Press Office, iaitu pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, di sini, memberitahu bahawa Dennis Muhammad diberi bimbingan sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor( JAIJ) sejak awal Mac lalu.

Ismail bersama isterinya, Datin Zawaiah Mohamed dilantik menjadi keluarga angkat Dennis sejak awal Februari lepas setelah mendapat perkenaan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah, menurut kenyataan Royal Press Office pada Selasa.

Dennis, kata Ismail, diberi bimbingan melalui satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik bagi membolehkan beliau mempelajari al-Quran, fardu ain dan pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Pengajaran fardu ain Dennis merangkumi tertib solat, Rukun Iman dan Rukun Islam, puasa, zakat dan haji.

"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta Ayat Kursi," katanya.

Dennis tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat dan tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan, kata Ismail lagi.

Ismail mempersembahkan laporan mengenai pembelajaran agama Islam oleh Dennis kepada Sultan Johor pada 5 Julai lalu.

Dennis, 28, yang berasal dari Belanda, memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah di Istana Bukit Serene di sini pada 14 Ogos.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu

Sekianlah artikel Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/sultan-johor-berpuas-hati-pengajian.html

0 Response to "Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu"

Posting Komentar

wdcfawqafwef