Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian

Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian
link : Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian

Baca juga


Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian

Lelaki yang disyaki membunuh  pesara tentera, Abdul Rahman Pileh, 60,  sempat beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian.

Ia diceritakan anak mangsa, Mohd Hishamudin Abdul Rahman, 29, yang mendapat tahu perkara itu menerusi anak saudaranya.

Menurut Mohd Hishamudin, ibunya, Sabturiah Lakidau, 59,  mengenali suspek ketika polis menunjukkan gambar seorang lelaki yang disyaki.

“Menurut jiran, suspek tinggal hanya selang beberapa rumah, sebaris dengan rumah kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Melaka, semalam.

Menurutnya, anak saudaranya ada memberitahu, suspek datang beraya di rumah ibu bapanya itu petang sehari sebelum kejadian.

Pensyarah di Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Alor Setar itu berkata, arwah bapanya sepatutnya datang mengambilnya di Stesen Bas Melaka Sentral, di sini, jam 8 malam pada malam kejadian.

“Saya dari Alor Setar naik kapal terbang terus ambil bas untuk ke Stesen Melaka Sentral pada jam 5.25 petang dari KLIA. Ini memang rutin saya setiap minggu.

“Tapi, selepas tunggu sampai  8.25 malam, ayah tak sampai-sampai. Biasanya  dia datang tepat pada masanya.

“Lepas tu, jiran hubungi saya pakai telefon ayah beritahu mak dan ayah cedera parah. Saya ingatkan mak dan ayah kemalangan,  rupanya rumah kami disamun.

“Masa itu, saya harap keadaan mereka tak apa-apa, tapi ayah meninggal dunia” katanya.

 Sementara itu, menurut Mohd Hishamudin, ibunya kini sedang menjalani beberapa prosedur rawatan akibat kecederaan dialami.

“Masa jam 6 pagi tadi (semalam), emak masih lagi dalam bilik pembedahan tapi keadaan dia stabil,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia banyak meluangkan masa memastikan bapanya yang menghidap masalah buah pinggang dapat pulih dan sentiasa bersemangat.

“Alhamdulillah, dia macam ada harapan. Dia harap saya bawa jalan-jalan, semuanya saya jaga baik. Tapi tiba-tiba ada orang tikam mati dia. Kalau dia mati disebabkan sakit, saya tak ralat,” katanya.

Menurutnya, dia turut berharap mereka yang melakukan jenayah itu dibawa ke muka pengadilan.

“Ayah saya warga emas, dia dibunuh selepas  dialisis, dia amat lemah,” katanya.

Jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tumang, Johol, Negeri Sembilan, semalam.

The post Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian

Sekianlah artikel Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/suspek-beraya-di-rumah-mangsa-sehari.html

0 Response to "Suspek beraya di rumah mangsa sehari sebelum kejadian"

Posting Komentar

wdcfawqafwef